SPNB sokong pemaju hanya dibenar jual rumah siap 01/09/2004 Harian Metro
PUTRAJAYA: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyokong saranan
pihak tertentu supaya pemaju perumahan hanya dibenar menjual rumah
yang
sudah siap dibina kepada pembeli.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata,
dalam kebanyakan kes, pembeli sering menjadi mangsa apabila rumah
yang
dibeli terbengkalai dan gagal disiapkan.
Justeru, menurutnya, SPNB bersetuju supaya pemaju perumahan seluruh
negara hanya dibenar menjual rumah yang siap dibina kepada pembeli.
Katanya, kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
(KPKT) perlu meneliti semula undang-undang sedia ada dan mengetatkan
lagi
syarat yang dikenakan kepada syarikat pemaju.
"Saya menyarankan kerajaan melalui KPKT melihat semula cara pemaju
menjual rumah dengan dikenakan syarat lebih ketat bagi mengelak
pembeli
menjadi mangsa.
"Ini kerana ada pemaju hanya menggunakan bank dan institusi kewangan
sebagai tunggangan dan akan terus menghilangkan diri selepas
menerima
bayaran," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pihak tertentu
supaya
kerajaan mengkaji semula syarat supaya pemaju perumahan hanya
dibenar
menjual rumah siap dibina kepada pembeli.
Isu projek perumahan terbengkalai yang berlaku sejak lama dahulu
hangat
diperdebatkan pelbagai pihak dan turut mendapat perhatian Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.