This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai satu masalah

29/08/2004 Mingguan Malaysia


KEPALA BATAS 28 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan kewibawaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelesaikan masalah projek rumah terbengkalai yang banyak dilaporkan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kementerian berkenaan sedang mengkaji dengan serius masalah rumah terbengkalai dan sedang memastikan langkah-langkah untuk melindungi pembeli.

``Kita dah bincangkan rumah terbengkalai ini sebagai satu masalah, sebab itu saya keluarkan kenyataan supaya lebih baiklah buat rumah dulu siap, baru jual, maka tak jadi begini.

``Kalau buat rumah, terbengkalai, itu kerugian dialah (pemaju) walaupun kita dukacita dia rugi tapi sekurang-kurangnya ia tidak melibatkan orang yang membeli, orang yang duit tak ada atau pendapatan sikit, beli, lepas itu rumah tak dapat. Itu takkan berlakulah,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pemodenan Pemprosesan Makanan Tradisional di Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Isu rumah terbengkalai hangat diperkatakan sejak Isnin lalu apabila Utusan Malaysia menyiarkan surat daripada seorang pemilik rumah terbengkalai di Lembah Beringin, Hulu Selangor, Norhiza Jaffar,38, yang telah menunggu rumahnya selama tujuh tahun untuk disiapkan oleh pemaju terbabit.

Kelmarin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan bahawa penyelesaian kepada masalah projek rumah terbengkalai bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek.

Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Mohd. Jasan berkata, ini kerana kebanyakan kes projek rumah terbengkalai sentiasa membabitkan permasalahan yang rumit dan kompleks.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, pihaknya masih menjalankan kajian berhubung cadangan untuk melaksanakan konsep `bina dan jual'.

Ka Ting memberitahu, Perdana Menteri sememangnya amat mengambil berat mengenai projek rumah terbengkalai dan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Abdullah mengenai perkara tersebut.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.