This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai tidak boleh diatasi segera
27/08/2004 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 26 Ogos-Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan hari ini menjejaskan bahawa penyelesaian kepada masalah projek rumah terbengkalai bukan sesuatu yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek.

Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Mohd Jasan berkata, ini kerana kebanyakan kes projek rumah terbengkalai sentiasa membabitkan permasalahan yang rumit dan kompleks.

Bagaimanapun ,beliau berkata,dalam kesukaran tersebut,kementeriannya masih berjaya menyelesaikan sebanyak 2,550 aduan perumahan daripada 4,407 aduan yang diterima sepanjang tahun 2002 dan 2003.

"Penyelesaian ini dilakukan dengan mengadakan perbincangan antara pembiaya, pemaju dan pembeli bagi bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap projek-projek yang bermasalah ini.

"Bagaimanapun sekiranya tiada jalan keluar,projek-projek tersebut akan diserahkan kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

"Sehingga kini,sebanyak 122 projek rumah didapati terbengkalai dan 103 daripadanya telah kita serahkan kepada SPNB untuk dipulihkan,"katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

"Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan lambat dan tidak serius menyelessaikan aduan berhubung masalah pembeli rumah khususnya membabitkan rumah terbengkalai.

Isu projek perumahan terbengkalai hangat diperkatakan sejak Isnin lalu apabila Utusan Malaysia menyiarkan surat daripada seorang pemilik rumah terbengkalai di Lembah Beringin ,Hulu Selangor,Norhiza Jaafar,38, yang telah menunggu rumahnya selama tujuh tahun untuk disiapkan oleh pemaju terbabit.

Mengulas perkembangan ini Lokman Hakim tetap mempertahankan kementeriannya bahawa mereka telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyelesaikan masalah kaitan perumahan.

"Kita sentiasa mamantau dan mengambil tindakan terhadap projek perumahan terbengkalai serta berusaha mengatasi masalah pembeli rumah.

"Oleh itu adalah tidak benar sama sekali dakwaan bahawa kementeriannya tidak mampu serta lambat menyelesaikan masalah pembeli rumah telah menubuhkan beberapa pasukan kerja bagi mendapatkan input dari pihak berkenaan untuk bersama-sama membantu ,"ujarnya.

Selain itu katanya, kementeriannya telah menubuhkan beberapa pasukan kerja bagi mendapatkan input dari pihak berkenaan untuk bersama-sama membantu menyelesaikan masalah.

"Kementerian juga akan menghantar sebuah laporan komprehensif kepada Perdana Menteri tidak lama lagi berhubung cadangan penjualan rumah secara konsep bina dan jual.

"Laporan itu mengandungi kajian berhubung kemampuan dan kesesuaian dalam memastikan industri perumahan negara tidak tergugat dan pembeli tidak berhadapan dengan msalah dari segi kualiti dan harga.

Dalam pada itu, Lokman Hakim berkata, pihak-pihak yang menghadapi masalah dengan kementerian diminta datang terus ke kementerian atau melalui saluran aduan di nombor telefon 03-20956013 atau 03-20992321 atau melalui e-mel di alamat pro@kpkt.gov.my/enforcement.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.