This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penguatkuasaan lemah punca banyak aduan rumah gagal diselesaikan
Utusan Malaysia 26/08/2004 Oleh: SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Kelemahan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menangani masalah perumahan menjadi punca banyak aduan tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah, Chang Kim Loong berkata, bahagian itu tidak berkemampuan dan lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Aduan-aduan yang diterima kebanyakannya mengenai rumah terbengkalai, pemaju lewat menyerahkan rumah dan kualiti rumah yang rendah.

Misalnya sepanjang tahun lalu, Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah menerima 32,000 aduan manakala 364 aduan diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), namun kebanyakannya masih belum dapat diselesaikan.

Menurut Kim Loong, walaupun memorandum dan sesi dialog antara pembeli, kementerian dan pemaju diadakan, tiada sebarang langkah segera diambil oleh kementerian.

``Kementerian masih tidak mempunyai pengawasan untuk mengendalikan kes-kes perumahan sehingga akhirnya pemaju terlepas begitu sahaja tanpa sebarang dakwaan,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kim Loong mengulas surat pembaca yang disiarkan di Forum Utusan Malaysia hari ini mengenai keluhan seorang pembeli rumah yang telah membeli rumah daripada Syarikat Teguh Timber and Properties Sdn. Bhd. di kawasan Taman Bayu, Gombak.

Pembaca yang menamakan diri sebagai Penunggu 14 Tahun itu merasakan dirinya tertindas kerana projek perumahan yang dibelinya telah terbengkalai selama 14 tahun tanpa sebarang tindakan untuk memulihkan perumahan tersebut.

Menurut Kim Loong, fungsi persatuan hanya menerima dan mengumpul aduan daripada pembeli untuk dihantar kepada kementerian bagi diselesaikan.

``Persatuan tidak mempunyai hak untuk menggesa kementerian menyelesaikan masalah perumahan tersebut.

``Bahkan, kami tidak mempunyai data mengenai jumlah aduan yang telah dapat diselesaikan oleh kementerian,'' katanya.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.