This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk bimbang rumah dilelong
Berita Harian 26/08/2004

SEPANG: Pembeli unit perumahan di Taman Murni di sini mendakwa rumah mereka mungkin dilelong berikutan kegagalan pemaju projek melangsaikan hutang dengan bank.

Rumah yang dibeli Penduduk pelbagai kaum dan berpendapatan sederhana juga tidak mempunyai geran individu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Murni, Mohamed Latip, berkata masalah itu pernah disuarakan kepada wakil rakyat Sungai Pelek, Datuk Liew Chee Kong, namun tiada tindakan susulan.

Katanya, aduan juga dibuat di Bahagian Audit Dalam dan Pengaduan Awam (Badpa) Selangor.

Berdasarkan surat Pejabat Daerah dan Tanah Sepang bertarikh 20 Ogos 2003 dan selepas siasatan didapati pemaju gagal mengemukakan permohonan Serah Balik dan Kurnia Semula dibawah Seksyen 197, kanun Tanah Negara (KTN) dan Seksyen 76 KTN serta Borang 12A (Seksyen 197).

Ia dikatakan menjadi punca Pentadbir Tanah Sepang tidak dapat memproses pengeluaran hak milik individu.

Sehubungan itu, pembeli mahu pemaju mengatasi masalah ketiadaan geran lot bagi setiap unit secepat mungkin.

Seorang peniaga, Lai Bao Shen terkejut apabila EON Finance Berhad memberitahunya kedai yang dibeli pada harga RM203,000 di alamat lot 3, PT 2561 Taman Murni yang dibina atas tanah Master Title H S (D) 1131, PT 2 mukim Sepang akan dilelong pada 16 Ogos lalu.

"Ketika membeli premis ini, pemaju memberi jaminan kedai itu tiada tanggungan di bank. Saya amat marah dan rasa tertipu," katanya.

Lai berkata, beliau sudah mendapatkan khidmat nasihat peguamnya mengenai tindakan yang boleh diambil bagi mempertahankan kedainya daripada dilelong bank.

Bagaimanapun, beliau mendapati status lot tanah kedai itu bukan atas namanya dan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sepang pada 12 Ogos 2004.

"Saya juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam dan polis berjanji melakukan siasatan dan mengambil tindakan," katanya.

Lai mendakwa sudah membayar wang pendahuluan RM33,000 pada 15 Ogos 2000, manakala selebihnya RM165,000 pada 10 November tahun yang sama dan RM5,000 kepada syarikat guaman.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.