This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli kecewa rumah dibeli terbengkalai

15/07/2004 Utusan


Saudara Pengarang,
PEMBELI sering mengeluh dengan projek perumahan yang selalu terbengkalai dan menyusahkan mereka.

Saya adalah salah seorang daripada kakitangan kerajaan yang telah memeterai perjanjian jual beli rumah dengan pemaju projek di Taman Seri Abadi Fasa II, Jalan Kuala Kedah, Alor Star, Kedah dengan mendapat pembiayaan Bahagian Pinjaman Perumahan.

Perjanjian telah ditandatangani pada tahun 1997. Saya telah membeli rumah kos sederhana rendah, dengan perjanjian selama dua tahun tempoh siap untuk projek perumahan tersebut dan boleh didiami. Apa yang menyedihkan hingga kini telah menjangkau lebih tujuh tahun (2004) dan masih terbengkalai.

Kebanyakan rumah di situ telah pun hampir 80 peratus siap, yang tinggal cuma saluran elektrik dan paip air. Sejak akhir-akhir ini kemajuan projek perumahan terlalu lembap. Apakah yang tinggal untuk kami meneruskan kehidupan anak isteri dengan selesa dan tenteram?

Selepas ditolak potongan rumah, sewa rumah hutang kereta, persekolahan anak, dan segala bil, baki yang tinggal sekadar cukup untuk mengalas perut. Kami terpaksa berjimat cermat berbelanja sedangkan rumah yang dijanjikan masih belum dapat didiami.

Selaku kakitangan kerajaan saya cuba tidak membawa masalah peribadi ke pejabat tetapi tekanan jiwa dan mental melemahkan semangat hingga menjejaskan prestasi kerja. Persoalannya sampai bila kami harus menanggung semua ini? - PENGUNDI KECEWA, Alor Star, Kedah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.