This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli tidak boleh fail tuntutan kepada tribunal
24/08/2004 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pembeli-pembeli rumah yang mengalami masalah rumah terbengkalai tidak boleh memfailkan tuntutan mereka kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR).

Jurucakap TTPR memberitahu, kes rumah terbengkalai bukan bidang kuasa tribunal tersebut, sebaliknya dirujuk kepada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Bahagian tersebut akan menerima aduan itu dan membuat susulan selanjutnya seperti mengadakan pertemuan dengan pemaju projek perumahan terbabit," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

TTPR diminta mengulas laporan surat pembaca Utusan Malaysia hari ini, Penanti 7 Tahun yang mendakwa telah membeli rumah yang telah dibangunkan oleh Syarikat Lembah Beringin, anak syarikat Land & General di kawasan Lembah Beringin pada tahun 1997 tetapi sehingga kini rumah itu masih belum siap.

Menurut penulis, sehingga sekarang beliau masih tidak tahu di mana tapak rumah yang dibelinya sedangkan telah membayar wang pendahuluan rumah dan wang untuk peguam semasa menandatangani perjanjian jual beli rumah (S&P).

Tidak dilayan

Penulis juga mendakwa telah mendakwa membuat aduan kepada TTPR beberapa bulan lalu tetapi permohonannya bukan sahaja tidak dilayan malahan tidak diiktiraf kerana tiada surat yang mengatakan permohonan tersebut telah diterima.

Mengulas lanjut perkara itu, jurucakap TTPR itu memberitahu, terdapat dua bentuk tuntutan teknikal dan bukan teknikal.

Tuntutan teknikal, jelasnya, merangkumi kecacatan mutu kerja atau tidak mematuhi bahan atau spesifikasi oleh pemaju perumahan sebagaimana yang dinyatakan dalam S&P.

Tuntutan tersebut, jelasnya, boleh dibuktikan secara gambar, bil, resit, surat atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong tuntutan atau membawa saksi-saksi yang berkenaan (jika berkaitan) dan tuntutan ini perlu dinilai secara tunai.

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.