This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju tidak 'gentar' kewujudan tribunal punca pembeli teraniaya

UTUSAN MALAYSIA 25/08/2004

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Sikap pemaju perumahan yang tidak 'gentar' dengan kewujudan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) mengakibatkan ramai pembeli terus teraniaya akibat projek rumah terbengkalai.

Ketua Unit Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal berkata, para pemaju bersikap demikian kerana tidak ada tindakan tegas dikenakan kepada mereka walaupun gagal mematuhi perintah TTPR dalam sesuatu kes.

"Saya menyeru kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya menggunakan kuasa mereka dengan sebaik-baiknya.

"Kerajaan perlu bertindak tegas kepada mana-mana pemaju yang telah menerima hukuman bagi mengembalikan kewibawaan tribunal
yang ditubuhkan bertujuan membela rakyat.

"Jika tidak, penubuhan tribunal itu tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) semalam bahawa mereka menerima sebanyak 31,700 aduan sepanjang tahun lalu melibatkan masalah perumahan terutama rumah terbengkalai, pemaju lewat menyerahkan rumah dan kualiti rumah rendah.

Memutuskan

Di bawah Seksyen 16A (D) Akta Pemaju Perumahan, pemaju yang gagal membayar pampasan seperti yang diputuskan TTPR dalam jangka masa yang ditetapkan boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

TTPR ditubuhkan pada 1 Disember 2002, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan berikutan Mahkamah Tinggi memutuskan badan itu tidak boleh mendengar dan memutuskan tuntutan sehingga RM25,000.

Dalam pada itu, Subahan mencadangkan supaya polisi baru membina rumah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengelakkan bakal pembeli rumah teraniaya.

"Polisi rumah siap baru jual perlu dilaksanakan khususnya bagi rumah kos rendah dan sederhana.

"Dengan cara ini sahaja, orang ramai tidak akan teraniaya jika projek terbengkalai dan mereka boleh 'selamatkan' deposit yang mencecah
ribuan ringgit," ujarnya.

Katanya lagi, dengan polisi seperti itu pemaju sendiri akan menanggung kerugian dan bertanggungjawab jika projek mereka sendiri terbengkalai.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.