This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju lepas tangan (Tindakan tegas perlu diambil)

31/08/2004 Harian Metro PEMBELI KECEWA, Rawang

SEJAK kebelakangan ini, kita sering dipaparkan pelbagai isu berkaitan masalah rumah terbengkalai sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Masalah rumah terbengkalai bukan isu baru yang ingin dibangkitkan, tetapi ia sudah berlaku sejak bertahun dulu oleh pelbagai pihak, namun kebanyakan pemaju perumahan bermasalah ini terlepas begitu saja tanpa diambil sebarang tindakan.


Biarpun saya tidak menghadapi sebarang masalah projek perumahan terbengkalai, tetapi sebagai pembeli rumah di kawasan projek perumahan raksasa Rawang, saya kecewa kerana projek berkenaan lambat disiapkan.


Projek yang sepatutnya siap setahun lalu hanya dapat diduduki hampir setengah tahun daripada jangka masa yang ditetapkan, malah keadaannya begitu mengecewakan pembeli dan tidak sepatutnya berlaku.


Bayangkan betapa kecewanya kami apabila mendapati istana yang diimpikan umpama sebuah teratak lama yang penuh dengan kedaifan dan masalah seperti keretakan, siling bocor, ukuran tidak mengikut spesifikasi, bumbung terkopak, dinding senget dan lantai terkopak.


Ini ditambah dengan sikap kakitangan pemaju terbabit yang seolah-olah enggan bertanggungjawab. Walaupun pembeli sudah membuat puluhan aduan namun mereka hanya mengambil sikap lepas tangan.


Saya teringat suatu kes yang dihadapi seorang pembeli yang terpaksa membatalkan hasratnya untuk berpindah ke Bandar Tasik Puteri kerana kecuaian pihak pemaju yang tidak membaiki tangki air yang rosak, biarpun dijanjikan pemaju sebelum ini.


Justeru saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan dan syarikat yang gagal menyediakan rumah yang berkualiti.


Saya berharap dengan tindakan tegas sedemikian akan dapat membantu pembeli daripada terus menjadi mangsa pemaju yang tidak bertanggungjawab, bak kata pepatah rumah siap tetapi pahat masih berbunyi.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.