This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju mesti laksana perjanjian jual beli: Ong
Berita Harian 13/8/2004

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, mengingatkan pemaju supaya tidak tergesa-gesa atau mengambil peluang melancarkan projek pada musim tertentu, seperti cuti sekolah, semata-mata untuk menarik pembeli sedangkan persediaan belum dibuat sepenuhnya.

"Saya nak ingatkan bahawa selepas perjanjian jual beli ditandatangani, ia bermakna mereka perlu menunaikan 100 peratus apa yang ternyata dalam perjanjian... kalau tidak jangan tandatangan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk `Pasaran perumahan dan hartanah Malaysia: cabaran dan prospek' pada Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan di sini, semalam.

Ong berkata, pemaju tidak akan dikecualikan daripada membayar ganti rugi jika gagal menyiapkan projek mengikut tempoh yang dijanjikan.

Ong juga berkata, kementeriannya sedang mengkaji dan mempertimbangkan pelbagai idea serta sistem yang lebih berkesan dalam mengeluarkan sijil layak menduduki (CF).

Katanya, antara cadangan yang dipertimbangkan ialah memberi tanggungjawab lebih berat kepada profesional khasnya arkitek untuk memperakui keselamatan bangunan.

Beliau berkata, pusat sehenti yang ditubuhkan untuk memastikan segala urusan penerimaan dan pemprosesan pelan pembangunan dan CF diluluskan segera, akan terus berfungsi sehingga kerajaan membuat keputusan muktamad.

Pada 25 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mencadangkan pemansuhan pengeluaran CF oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan menggantikannya dengan perakuan daripada jurutera atau arkitek projek
itu.

Mengenai pelaksanaan konsep bandar selamat, Ong berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sudah ditugaskan untuk memastikan konsep itu difahami oleh perancang bandar dan pihak berkuasa terbabit melalui 23 langkah susulan untuk mewujudkan persekitaran selamat.
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.