This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lembah Beringin :SPNB tunggu 174 pembeli
 29/08/2004 MINGGUAN MALAYSIA

HULU SELANGOR 28 Ogos- Syarikat Perumahan. Negara Berhad (SPNB) hanya akan memulihkan empat rasa projek perumahan terbengkalai Lembah Beringin sekira-nya mendapat persetujuan bertulis daripada 70 peratus pembeli rumah.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Pemulihan Projeknya, Mohd. Nor Abdul Razak berkata, setakat ini, hanya 286 daripada 657 pembeli rumah atau 44 peratus bersetuju un-tuk memajukan projek itu sementara selebihnya gagal dikesan.

"Kami masih menunggu 174 pembeli lagi bagi mencukupkan kuota 70 peratus pembeli rumah itu sebagai persetujuan pemulihan.

"Kuota ini sebenarnya hanyalah syarat dalaman yang ditentukan oleh SPNB sendiri.

"Namun, kami tetap berpegang kepada syarat tersebut sebagai asas kerana SPNB telah membuat kajian berhubung perumahan terbengkalai itu sejak November tahun lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penerangan dan menandatangani surat akujanji bagi pemulihan projek perumahan terbengkalai Lembah Beringin di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis ialah Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Operasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kamaruddin Abd. Rashid.

Sebanyak empat fasa projek perumahan terbengkalai Lembah Beringin berjumlah 657 unit itu berharga di bawah RM200,000.

Fasa-fasa itu terdiri daripada rumah jenis Iris (167 unit), Jasmine (217 unit), Heart (197 unit) dan Flora (76 unit).

Projek itu sepatutnya dimajukan oleh Lembah Beringin Sdn. Bhd., (LBSB) iaitu sebuah anak syarikat Land & General pada tahun 1997.

Mohd. Nor menjelaskan, pihaknya juga akan memulakan projek pemulihan. itu jika mendapat persetujuan daripada syarikat LBSB terlebih dahulu.

"Kami akan proses tender projek yang baru selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua Pihak iaitu para pembeli dan LBSB.

"Selepas itu, baru kami boleh masuk ke kawasan tapak perumahan bagi memulakan kerja-kerja pemulihan yang dijangkakan. mengambil masa salama 12 hingga 15 bulan ber-mula tahun ini," ujarnya.

Dalam pada itu Mohd Nor meminta para pembeli rumah Lembah Beringin yang belum menandatangani surat persetujuan dengan berbuat berkenaan dengan datang sen-diri ke pejabat SPNB di Tingkat 10, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail atau menghubungi talian 03-20523838 sambungan bahagian pemulihan projek.

 
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.