This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kementerian pantau pemaju

23/08/2004 HARIAN METRO

KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankan pemantauan lebih teliti bagi memastikan tiada lagi projek perumahan baru terbengkalai.

Selain itu, dalam usaha membendung masalah berkenaan, pemaju perumahan di negara ini juga tertakluk di bawah Akta Perumahan yang diwartakan pada 31 Januari 2003.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata menerusi pindaan akta itu, pemaju perumahan perlu mengemukakan laporan kemajuan dan penyata kewangan setiap enam bulan bagi membolehkan kementerian menilai prestasi projek yang dijalankan.

"Akta itu antara lain mewajibkan pemaju mengemukakan laporan berdasarkan borang 7 (f) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) pindaan 2002.

"Pemaju yang gagal menghantar laporan itu boleh dikenakan tindakan.

Sebelum akta itu dipinda, pemaju perumahan tidak wajib menghantar laporan tetapi semua projek baru kini akan dipantau lebih teliti menerusi komputer kecuali projek pembinaan bangunan komersial dan servis apartmen yang tidak tertakluk di bawah bidang kuasa kementerian," katanya.

Ong berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan Jun lalu yang memutuskan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) mempunyai bidang kuasa mendengar dan membuat keputusan kes perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2002 sedikit sebanyak memberi `nafas' dan melegakan pembeli rumah yang sering menjadi mangsa berhubung pembelian rumah.

Malah, katanya, kementerian berkenaan bercadang bercadang memberi kuasa yang lebih kepada TTPR termasuk membolehkannya mendengar dan memutuskan tuntutan sehingga RM50,000 membabitkan perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2002.

Pada masa ini, TTPR yang ditubuhkan pada 1 Disember 2002 hanya boleh mendengar dan membuat keputusan terhadap tuntutan sehingga RM25,000 membabitkan perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum tarikh itu.

"Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, kita sudah mengambil langkah memulakan tindakan termasuk mendakwa 66 pemaju yang mengingkari perintah TTPR supaya membayar pampasan berjumlah RM2.72 juta membabitkan 249 kes perjanjian jual beli," katanya.

TTPR ditubuhkan pada 1 Disember 2002, tetapi pelaksanaannya ditangguhkan berikutan Mahkamah Tinggi memutuskan badan itu tidak boleh mendengar dan memutuskan tuntutan sehingga RM25,000 membabitkan perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 September 2003 itu diketepikan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan TTPR pada 18 Disember lalu.

Sejak ditubuhkan, tribunal itu menerima 6,298 aduan dan daripada jumlah itu 2,744 kes diselesaikan termasuk 677 di luar mahkamah

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.