This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Siapkan segera pangsapuri Gombak Perdana Villa
15/07/2004 Utusan Malaysia

GOMBAK 14 Julai - Para pembeli pangsapuri Gombak Perdana Villa di sini mendesak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan pemaju menyiapkan segera projek berkenaan.

lni kerana projek tersebut yang sepatutnya boleh disiapkan pada hujung tahun lepas telah terbengkalai berikutan masalah antara pemaju dan pemilik tanah.

Baru-baru ini, bertempat di tapak projek, para pembeli telah mengadakan satu perjumpaan dengan pemilik tanah untuk membincangkan masalah tersebut.

Juruanalisa sistem komputer, Abd. Rahman Dahalan, 39, berkata, dia telah empat tahun menanti projek tersebut siap sampai sekarang tetapi masih tidak kesampaian.

"Saya terpaksa menyewa di tempat lain dan sudah hampir dua tahun, saya terpaksa membayar balik pinjaman bank RMl,325 sebulan," katanya.

Pembinaan

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati, 50 peratus daripada kerja-kerja pembinaan pangsapuri Gombak Perdana Villa masih belum disiapkan.

Ia merupakan projek usahasama di antara pemilik tanah dengan sebuah syarikat pemaju perumahan untuk membina tiga blok pangsapuri setinggi sembilan dan 10 tingkat.

la terdiri daripada 70 unit pangsapuri jenis A, 114 unit pangsapuri jenis B, empat unit kedai dan empat unit penthouse di atas tanah seluas 1.737 hektar.

Pengurus Projek Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. Mohd. Shahripoddin Abd. Rahman, 47, berkata, 75 peratus pembeli menyokong hasrat pemilik tanah untuk mengambil alih projek daripada pemaju.

"Apabila pemaju gagal menyiapkan projek mengikut perjanjian, pemilik tanah berhak mengambil alih kerja-kerja pembinaan daripada pemaju asal," katanya.
Suri rumah, Norazlina Mat Salleh, 39, yang membeli satu unit pangsapuri berharga RM158,888, turut kecewa dengan masalah projek perumahan yang terbengkalai.

"Saya sedih dan amat kecewa melihat projek ini yang sekejap jalan sekejap tidak. Saya sudah habis RM10,000 untuk membayar wang pendahuluan," katanya.

Jurutera, Mohd. Masri Shiyuti, 36, mengakui, amat dukacita kerana sikap pemaju yang seolah-olah lepas tangan.

"Saya berharap projek ini disiapkan juga kerana tuan tanah sudah bersetuju untuk mengambil alih projek ini daripada pemaju asal," katanya.

Mohd. Azlan Abd. Aziz, 47, yang juga jurutera berkata, sudah sampai masanya masalah projek Gombak Perdana Villa diberikan perhatian oleh pihak berkuasa tempatan.

"Biarlah pemilik tanah dan Pertiwi Prestij menyudahkan projek ini kerana pembeli sudah terlalu lama menunggu untuk menduduki rumah sendiri," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.