This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju ingkar arahan TTPR
09/06/2004 Harian Metro

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan undang-undang Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) yang didakwa tidak telus, dipercayai menyebabkan kira-kira 48 pembeli rumah Taman Fadason Jinjang Utara, di Jalan Kepong, dekat sini, tidak mendapat pampasan daripada pemaju.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Hal Ehwal Awam MCA Bahagian Kepong, Yee Poh Ping, berkata pembeli kediaman terbabit memfailkan tuntutan kepada TTPR pada Mei tahun lalu bagi menuntut ganti rugi, berikutan pemaju lewat menyerahkan kediaman pada tarikh dijanjikan.

Menurutnya, pembeli sepatutnya menerima kediaman berkenaan pada 2001, bagaimanapun, pemaju hanya menyerahkan kepada mereka pada April tahun lalu.

"TTPR sudah mendengar kes ini dan mengeluarkan perintah kepada pemaju membayar ganti rugi kepada pembeli.

"Bagaimanapun sehingga kini, pemaju masih tidak mematuhi perintah itu apabila belum membayar ganti rugi berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan Presiden Tribunal," katanya.

Yee berkata, menurut risalah yang dikeluarkan TTPR, kegagalan mematuhi perintah itu menjadi satu kesalahan jenayah.

Jika sabit kesalahan, pemaju boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya serta didenda RM1,000 bagi setiap hari kelewatan sehingga perintah itu dipatuhi.

"Keengganan pemaju membayar ganti rugi yang berjumlah antara RM1,000 hingga RM4,000 kepada pembeli, menunjukkan undang-undang TTPR tidak mampu mendisiplinkan mereka, walaupun peraturan itu sudah cukup tegas," katanya.

Sehubungan itu, Yee menyerahkan memorandum kepada TTPR bagi mendengar sekali lagi kes itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pemaju terbabit, semalam.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.