This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju diingat tidak guna batu bata bercampur toksik
bharian.com.my 21/6/2004

PONTIAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju perumahan yang sengaja menggunakan batu bata mengandungi campuran sisa toksik.

Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata kementerian memandang serius perkara berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan penggunaan bahan berbahaya itu terhadap orang ramai.

Bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menerima aduan berhubung perkara itu.

“Kementerian memandang serius perkara ini dan jika berlaku, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemaju terbabit,” katanya selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kampung Sungai Bunyi di Parit Haji Ismail, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mendakwa bahan sisa toksik digunakan untuk menghasilkan batu bata yang lebih tahan dan berkualiti tinggi.

Sebelum ini, negara digemparkan kemasukan kira-kira 12,000 tan bahan sisa buangan industri dipercayai sisa toksik dari Taiwan. Ia dikesan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di sebuah kilang batu bata di Simpang Renggam serta penemuan 386 kontena yang menyimpan bahan berkenaan di Pelabuhan Pasir Gudang.

Ong juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi kementeriannya supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Beliau juga yakin sisa buangan industri dipercayai toksik itu dapat dikawal pihak berkuasa sebelum ia digunakan untuk acuan dalam pembuatan batu bata.

Sementara itu, Ong berkata, kementeriannya sedang merangka pelan induk membasmi kemiskinan bandar dalam usaha memastikan rakyat bebas daripada masalah kemiskinan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar universiti tempatan dan aktivis masyarakat untuk mendapatkan maklum balas awal.

Pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan persefahaman dan hala tuju sama untuk merancang pembasmian kemiskinan.

“Saya difahamkan EPU juga sedang menjalankan kajian dan berusaha menetapkan satu garis pendapatan kemiskinan di bandar.

“Bagaimanapun, pelan induk berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Majlis Tindakan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh tiga bulan ini tanpa menunggu kajian mengenai garis pendapatan kemiskinan oleh EPU itu selesai,” katanya.

Ong berkata, pelan induk berkenaan dirangka selepas Perdana Menteri ingin melihat masalah kemiskinan di bandar diatasi dalam tempoh lima tahun ini, manakala masalah kemiskinan tegar diselesaikan lebih awal iaitu pada akhir tahun depan.

Difahamkan, ketika ini, garis pendapatan kemiskinan EPU menetapkan pendapatan seisi rumah di Semenanjung adalah di bawah RM529, Sarawak bawah RM600 dan Sabah bawah RM690.

Beliau berkata, garis pendapatan yang digunakan EPU itu sudah tidak sesuai dan tidak tepat kerana tidak mengambil kira wilayah, kawasan bandar dan luar bandar

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.