This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pusat sehenti atasi masalah rumah terbengkalai: MB

06/05/2004 Berita Harian

SEREMBAN: Kerajaan negeri akan menubuhkan Pusat Sehenti bagi mengatasi masalah bangunan dan rumah terbengkalai yang banyak terdapat di bandar Seremban dan Nilai.


Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan, berkata kerajaan mengakui bangunan dan rumah terbengkalai itu jelas mencacatkan pemandangan dan menjejaskan imej negeri, terutama kepada pelancong luar yang datang berkunjung.


Menurutnya, bangunan dan rumah terbengkalai itu juga diakui banyak menimbulkan masalah sosial kerana menjadi tempat sarang penagihan penagih dadah dan kegiatan jenayah.


"Kita akan menubuhkan Pusat Sehenti yang akan berfungsi menyenaraikan semua bangunan dan rumah terbengkalai berkenaan. Ini bagi membolehkan pelabur yang berminat untuk meneruskan projek berkenaan merujuk kepada pusat itu.


"Jika boleh, kerajaan negeri mahu mengatasi masalah ini secepat mungkin tetapi beberapa perkara perlu ditangani terlebih dulu kerana ada di antara bangunan dan rumah itu masih mempunyai pemaju atau pemaju menghadapi tindakan mahkamah," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.


Mohamad yang juga BN-Rantau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Lee Yuen Fong (BN-Temiang) yang mahukan penjelasan berhubung langkah kerajaan negeri bagi mengatasi masalah bangunan dan rumah terbengkalai.


Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Woo Ah Lek berkata, kerajaan negeri akan melakukan langkah drastik bagi memulihkan kawasan lot-lot perniagaan yang tidak terjual atau disewa seperti di Bandar Baru Nilai dan Oakland.


Katanya, antara langkah yang diambil untuk merangsang kawasan di Oakland ialah membina kompleks pentadbiran kerajaan seperti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah dan Pejabat Daerah.


"Kita berharap dengan langkah itu kawasan berkenaan dapat menarik lebih banyak pelabur untuk melabur, sekali gus menarik lebih ramai orang tinggal dan menetapkan di situ," katanya.


Woo yang juga Adun Senawang menjawab soalan yang dikemukakan Lee mengenai rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negeri berikutan banyak lot kedai yang dibina tidak dijual dan disewa di Oakland dan Bandar Baru Nilai.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.