This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli kecewa rumah belum dapat CF
Berita Harian 11/5/2004

KAMI pembeli rumah teres dua tingkat di Taman Slim Indah Fasa 2, Tanjung Malim, kecewa dengan sikap pemaju dan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM).

Walaupun rumah siap dua tahun lalu kami belum dapat mendudukinya kerana majlis tidak mengeluarkan Sijil Menduduki atau CF.

Pada mulanya pemaju mengumumkan harga rumah itu adalah RM130,000 untuk Bumiputera. Namun, selepas diselidik dan dimaklumkan peguam, rumah itu kami dapati hanya bernilai RM120,000. Bermakna pembeli Bumiputera tidak diberikan diskaun.

Selepas didesak berulang kali, pemaju meminta tokoh politik campur tangan, namun kami tetap berkeras untuk mendapatkan hak kami menyebabkan harganya diturunkan juga.

Pemaju gagal menukar status tanah lot kedai kepada lot rumah kediaman. Ini menyebabkan MDTM tidak mengeluarkan CF.

Akhirnya Jabatan Tanah Negeri Perak meluluskan permohonan pertukaran status tanah itu selepas pemaju mengikuti syarat ditetapkan.

Berikutan itu pemaju memohon CF daripada MDTM. Kami memohon kepada pemaju untuk menyerahkan kunci kepada pembeli tetapi pemaju enggan.

Kami merayu MDTM segera mengeluarkan CF dan tidak terlalu menimbulkan terlalu banyak kerenah birokrasi hingga membebankan pembeli.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.