This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

90 peratus tidak bersedia

23/05/2004 Metro Ahad

KUALA LUMPUR: Kira-kira 90 peratus pemaju di negara ini masih tidak bersedia untuk melaksanakan konsep rumah 'siap dan jual' bagi projek perumahan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.


Beliau berkata, kebanyakan pemaju di negara ini tidak mempunyai banyak modal dan mereka biasanya membabitkan 'pembeli untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan untuk menyertai sesuatu projek.


"Jika kita ulah dasar ini dan gunakan wang pemaju saja, kebanyakan permaju itu yang tidak mernpunyai banyak modal tidak akan dapat rnelaksanakan projek pernbangunan rnereka," katanya kepada pernberita selepas rnenutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela  Siri 3/2004 di Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) di sini.


Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan sedia rnengkaji kernungkinan rnensyaratkan pernaju perumahan rnenyiapkan rumah mereka terlebih dulu sebelum menjualnya kepada pembeli.


Ong berkata, arahan Perdana Menteri itu akan diikuti dan kementeriannya akan mengkaji secara terperinci sejauh mana konsep 'bina dan juaI' itu boleh diamalkan di negara ini.


"Semua perkara ini akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan hala tuju bagi masa depan," katanya.


Ong berkata, usaha dilakukan bagi mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai seperti meminda Akta Pemaju Perumahan pada 2002 dengan mengetatkan syarat pemberian lesen kepada pemaju perumahan.


"Selepas pindaan akta ini, selepas 1 Disember 2002, peraturan lebih ketat dikenakan untuk pemberian lesen baru dan sistem pemantauan lebih berkesan berbanding sebelumnya," katanya.


Beliau berkata, kebanyakan projek perumahan dilanda pelbagai masalah sebelum akta itu dipinda memandangkan pemaju mengambil kesempatan daripada peraturan yang longgar bagi melaksanakan sesuatu projek perumahan.


"Ini nampak dengan jelas selepas krisis kewangan pada 1997 dan 1998. Ketika itu nampak ada kelemahan. Apabila sesuatu berlaku, baru nampak kelemahan, jadi kali ini kita perbaiki keadaan," katanya.


Beliau berkata, ia termasuk menyenarai hitamkan abli lembaga pengarah syarikat pemaju yang didapati mempunyai projek perumahan terbengkalai sehingga mereka menyelesaikannya.


Sehubungan itu, Ong berharap Persatuan Pemaju Perumahan, (Rehda) bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandangkah persatuan itu sebelum ini sering meminta kerajaan tidak bertindak terlalu ketat dalam mengeluarkan sesuatu lesen projek perumahan.


"Narnun apabila sesuatu projek terbengkalai, mereka menyalahkan kementerian," katanya.


Beliau juga berkata, kebanyakan projek perumahan terbengkalai mula dibina sebelum dan ketika krisis ekonomi, pada 1997 dan 1998.


"Bagi projek selepas 1 Disember 2002, iaitu pemaju diwajibkan menggunakan peraturan baru, tidak mudah bagi pemaju menipu pembeli," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.