This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tanah perlu stabil sebelum mula projek
BERITA HARIAN 28/04/2004

SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengarahkan pemaju projek perumahan mengemukakan laporan geotechnical bagi memastikan kestabilan tanah sebelum kerja pembinaan dimulakan.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Ab Hakim Borhan, berkata arahan berkuat kuasa kelmarin adalah perlu berikutan pihaknya mengenal pasti dua kawasan perumahan di kawasan MPSJ yang mengalami masalah mendapan tanah dan bangunan retak.

"Bagi mengelak ancaman terhadap nyawa dan harta benda, MPSJ meminta arkitek dan penasihat pemaju perumahan mengeluarkan laporan geotechnical," katanya selepas mesyuarat penuh MPSJ, di sini kelmarin.

Ab Hakim berkata, setakat ini kawasan perumahan yang dikenal pasti mengalami masalah itu adalah sekitar USJ 1 dan Taman Puchong Indah.

"Penduduk tidak perlu bimbang kerana MPSJ dan pemaju perumahan sudah mengambil langkah membaik pulih dan keadaan tanah dilaporkan selamat dan stabil," katanya.

Beliau berkata, antara punca masalah mungkin disebabkan pergerakan bawah tanah yang tidak stabil, selain tanah lombong yang dimajukan tidak dirawat dengan baik sebelum kerja pembinaan.

Ab Hakim berkata, ada tiga kategori tahap kerosakan dan tindakan yang perlu diambil pemaju, iaitu kerosakan kecil yang membolehkan penduduk menetap di kawasan itu sementara kerja baik pulih dilakukan.

"Bagi kerosakan besar, penduduk akan diarah berpindah dan pemaju perlu membayar sewa rumah sementara bagi penduduk sepanjang kerja membaik pulih.

"Kediaman yang tidak boleh dibaiki dan rosak teruk pula memerlukan pemaju mencari tempat baru bagi menggantikan rumah berkenaan yang lebih selamat," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.