This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Taman Pelangi terbengkalai 12 tahun

Utusan Malaysia 14/4/2004

MASALAH penduduk rasa pertama dan kedua Taman Pelangi dekat Sikamat, Seremban bukan masalah baru.


Malah setiap kali menjelang pilihan raya, penduduk ditaburkan dengan janji-janji bahawa masalah itu akan diselesaikan selepas pilihan raya. Terbaru, semasa kempen pilihan raya umum 21 Mac lalu.
Apabila pilihan raya berakhir, masalah projek perumahan terbengkalai itu tinggal begitu sahaja.
Masalah itu akan hidup semula apabila tiba pilihan raya akan datang.


Apa yang lebih menyakitkan hati ialah kawasan taman perumahan terbengkalai ini sebenarnya tidak asing kepada pemimpin negeri.


lni kerana ia menjadi laluan mereka untuk menghadiri majlis-majlis rasmi di Kolej Tafe dan Sekolah Kebangsaan Sikamat yang terletak berhampiran dengan taman ini.


Kebanyakan mangsanya terdiri daripada pesara tentera dan polis serta kakitangan kerajaan.
Projek perumahan Taman Pelangi ini terletak dalam kawasan Sikamat, yang merupakan sebuah kawasan pinggir bandar Seremban yang mengandungi banyak taman perumahan.


Negeri baru yang diwujudkan dalam pilihan raya umum 2004.


Di tengah-tengah 'kehebatan' Sikamat itu, ramai yang tidak nampak atau pura-pura tidak tahu mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk- penduduk rasa pertama dan kedua perumahan Taman Pelangi.


Mereka tidak banyak pilihan, kecuali mendiami rumah yang terbengkalai ditinggalkan pemaju itu.
Penduduk-penduduk taman itu memberitahu, masalah yang mereka tanggung telah berlanjutan lebih daripada 12 tahun.


Menurut mereka, pelbagai janji ditaburkan setiap kali menjelang pilihan raya umum termasuk yang terbaru pada 21 Mac lalu.


Apabila Utusan Malaysia membuat tinjauan hanya didapati pemandangan yang menyedihkan.
Hasil tinjauan mendedahkan. Banyak rumah terbengkalai telah runtuh sebahagian daripada atap dan binaannya dipenuhi dengan semak samun yang akan menjadi pusat pembiakan binatang bisa.
Selain itu sistem kumbahan juga teruk dan tidak teratur sehingga mendatangkan bau tidak menyenangkan, yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya lain.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai taman itu, Mohammad Ahmad berkata, sejak projek itu dimulakan pada tahun 1989 dan sepatutnya siap untuk diduduki pada tahun 1992, sebanyak lima pemaju telah dilantik untuk menyiapkannya.


Bagaimanapun, kesemua pemaju melarikan diri selepas gagal menyiapkannya mengikut jadual. Beliau mendakwa, terdapat kira-kira 400 buah rumah dibiarkan terbengkalai tanpa disiapkan oleh pemaju.


"Kita terpaksa duduk juga walaupun rumah tidak siap. Kita tidak sanggup menyewa rumah lain sementara menunggu projek ini siap sepenuhnya. lni dibebankan lagi apabila terpaksa membayar balik pinjaman perumahan pada masa yang sama.


"Dulu ada pihak televisyen datang membuat liputan mengenai masalah kami.


"Pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad telah berjanji untuk membantu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, tapi senyap kemudian janji lagi sebelum pilihan raya umum baru-baru ini ,tapi masih lagi senyap sehingga kini," katanya kepada Utusan Malaysia.


Antara penduduk yang ditemui ialah suri rumah, Nurjihan Dullah, 37. Menurutnya, masalah utama yang dihadapi oleh penduduk ialah bekalan air, elektrik dan sistem kumbahan yang tidak teratur.
Kata beliau, para penduduk terpaksa meminta ehsan surau berdekatan bagi mendapatkan bekalan air dan terpaksa membuat kutipan bagi membolehkan bekalan elektrik disalurkan ke dalam taman.


"Pemaju dah berjanji untuk menyediakan kemudahan air dan elektrik malah mereka juga mengutip wang deposit daripada penduduk, tapi malangnya kesemua wang kami itu hilang entah ke mana," ujar beliau.


Pendapat beliau itu disokong oleh pesara tentera, Zulkifli Kamarudin, 62, yang terpaksa mengeluarkan belanja sendiri bagi menyiapkan rumah yang terbengkalai untuk diduduki. "Saya sudah tua dan tidak mampu lagi untuk menyewa atau membeli rumah lain, jadi terpaksalah saya berjimat cermat mengeluarkan wang simpanan bagi menyiapkan rumah,"


"Bahkan ada jiran-jiran yang terpaksa meninggalkan rumah begitu sahaja kerana tidak mampu menyiapkannya, pada masa yang sama terpaksa membayar pinjaman perumahan," katanya.
Beliau yang telah berputus asa kerana tiada tempat lagi untuk mengadu barharap dengan usaha Utusan Malaysia ini akan dapat menyedarkan pihak-pihak yang berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi segala permasalahan rakyat.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.