This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju perlu sedia rumah Danau Kota
Utusan Malaysia 29/4/2004

KUALA LUMPUR 28 April - Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Thong Look menggesa pihak pemaju rumah pangsa kos rendah Taman Danau Kota, Setapak, menyediakan rumah kepada 470 pembeli.

Beliau berkata, pembeli sudah pun membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemaju asal projek perumahan itu sejak empat tahun lalu tetapi sehingga kini, masih belum memiliki rumah mereka.

"Masalah timbul apabila syarikat pemaju yang mengambil alih projek pembinaan rumah pangsa kos rendah ini enggan mengiktiraf surat perjanjian jual beli rumah yang ditanda tangani antara pembeli dengan pihak pemaju lama.

"Wang pendahuluan sudah pun dibayar kepada pemaju lama dan sekarang 470 pembeli yang sepatutnya mendapat rumah, langsung tidak mempunyai rumah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri satu sesi perbincangan dengan para pembeli rumah pangsa kos rendah Taman Danau Kota di sini hari ini.

'Turut hadir, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Ho Yoon Ping dan Penasihat Undang-Undang MCA Wangsa Maju, Benson Foo.

Thong Look berkata, pihak pemaju baru tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka terhadap pembeli yang masih menanti rumah untuk diduduki.

"Apabila syarikat pemaju baru bersetuju mengambil alih pengurusan daripada syarikat pemaju lama, mereka harus memikul beban untuk menepati apa yang telah dijanjikan kepada pembeli.

"Dalam hal ini, saya bersimpati terhadap 470 pembeli kerana masalah mereka dah lama tetapi masih belum selesai," ujarnya.

Beliau berkata, disebabkan tidak mempunyai rumah, 200 keluarga tinggal di rumah panjang Danau Kota. "Mereka ini merupakan keluarga yang bersetuju mengikuti skim penempatan semula setinggan di Wilayah Persekutuan.

"Kalau tinggal di rumah panjang, paling lama pun hanyalah untuk tiga tahun. Namun begitu, ada yang tinggal di rumah panjang sejak 10 tahun lalu. lni tentunya tidak selesa," jelasnya.

Bertindak

Tambahnya, pemaju sepatutnya membina 1,900 unit rumah tetapi jumlah pembeli adalah seramai 2,730 orang.

"Inilah yang menimbulkan masalah dan saya telah pun menyebut perkara ini dalam mesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan para pegawai kementerian itu menjalankan siasatan berhubung perkara ini," katanya.

Beliau turut menyarankan kepada para pembeli rumah pangsa kos rendah Taman Danau Kota supaya menubuhkan satu jawatankuasa bertindak sementara bagi menyelesaikan masalah dengan pihak pemaju.

"Jika jawatankuasa bertindak sementara ini tidak dapat menyelesaikan masalah dengan pihak pemaju secara rundingan, langkah terakhir ialah mendakwa mahkamah", katanya.

 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.