This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kesal pemaju sambil lewa
Harian Metro 15/4/2004

SAYA seorang daripada pembeli yang kecewa dengan sikap sambil lewa pemaju Bandar Alam Perdana.


Projek itu dilancarkan pada Jun 2000 tetapi sehingga kini hampir empat tahun, tiada satu serahan hak milik berjaya dibuat pemaju.


Alasan yang diberi pemaju, kontraktor utama menghadapi masalah pekerja seolah-olah untuk melepaskan diri.


Sikap tidak bertanggungjawab pemaju terserlah kerana tiada langkah diambil untuk mempercepatkan kerja penyiapan rumah yang sudah dibeli sedangkan kami terpaksa membayar pinjaman bank.


Janji terbaru yang ditaburkan pada Disember 2003 kononnya pembeli akan diberi serahan hak milik kosong pada April atau Mei 2004.


Bagaimanapun jika dilihat kepada jumlah pekerja di tapak pembinaan, dapat disimpulkan mungkin pihak pengurusan pemaju tidak pernah melawat kawasan tapak pembinaan projeknya.


Mana mungkin dengan jumlah pekerja yang begitu sedikit mampu untuk menyiapkan projek dalam masa yang agak singkat.


Kepada pemaju saya merayu buatlah sesuatu untuk kebaikan pembeli dan syarikat anda juga.
 

Kecewa,

Sungai Buloh, Selangor

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.