This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Garis panduan caj selenggara pangsapuri dikemuka
Utusan Malaysia 25/05/2004

SHAH ALAM 24 Mei - Kerajaan negeri akan mengemukakan satu garis panduan mengenai caj penyelenggaraan bulanan pangsapuri dan rumah pangsa di negeri itu supaya kadarnya berpatutan dan tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati oleh pemaju.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan berkata, langkah itu diambil selepas penduduk mengadu mengenai caj penyelenggaraan yang terlalu tinggi dikenakan oleh pemaju.

"Dengan itu, setiap pemaju mesti mematuhi garis panduan bagi mengenakan bayaran penyelenggaraan pangsapuri dan rumah pangsa supaya penduduk tidak terus dibebankan dengan caj yang mahal.

"Bagaimanapun kita mesti sedar bahawa caj penyelenggaraan bagi pangsapuri yang mempunyai lif sudah tentu lebih tinggi berbanding projek perumahan pangsapuri yang hanya menggunakan tangga," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Teng Chang Kim (DAP-Sungai Pinang) pada sidang Dewan Undangan Negeri Ke-11 di sini hari ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.