This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

200 penduduk belum dapat CF
06/03/2004 Berita Harian

SEREMBAN: Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca) mengesan kira-kira 200 penghuni rumah di Taman Bandar Seremban Selatan (TBSS), dekat sini, belum mendapat sijil layak menduduki (CF).

Presiden Nesca, Khairudin Yunus, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang penduduk taman terbabit baru-baru ini, yang mendakwa bahawa rumah yang didudukinya sejak kira-kira dua tahun lalu tidak memiliki CF.

Beliau berkata, Nesca sudah meneliti aduan berkenaan dan daripada maklumat yang diperoleh, ada kira-kira 200 lagi penghuni rumah taman berkenaan yang menduduki rumah itu tanpa CF.

"Nesca belum dapat memanjangkan lagi aduan ini ke pihak atasan kerana yang membuat pengaduan hanyalah seorang daripada ramai penghuni terbabit dan jika penduduk dapat menubuhkan jawatankuasa bertindak adalah lebih baik.

"Kita tidak memandang rendah aduan ini, tetapi jika melalui suatu jawatankuasa penduduk, ia akan lebih berkesan dalam usaha menyelesaikan permasalahan mereka," katanya.

Khairudin berkata, mengikut undang-undang yang diperuntukan, rumah yang tiada CF tidak boleh diduduki kerana ia tiada sebarang perlindungan keselamatan.

Menurutnya, pihaknya khuatiri jika berlaku sebarang bencana ia akan memberi kesan kepada penghuni rumah berkenaan.

"Jika benar apa yang didakwa, penduduk terbabit juga boleh membuat aduan terus kepada bahagian perumahan dan kerajaan tempatan selain pihak Tribunal Tuntutan Perumahan yang bertanggungjawab terhadap permasalahan perumahan," katanya.

Menurut Khairudin, taman BSS diletakkan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Nilai (MPN).

Beliau berkata, agensi terbabit diminta menyiasat mengenai perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Tindakan PBT terbabit penting demi keselamatan penghuni rumah di taman berkenaan sebelum sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Oleh Mohd Amin Jalil

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.