This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

TTPR berjaya selesai 7,810 kes pengguna
Kosmo 10/12/2004

KUALA LUMPUR - Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) setakat ini tidak menghadapi apa- apa halangan," undang-undang yang mengganggu 'daripada melaksanakan tugasnya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohamed Dun berkata, pelaksanaan perintah TTPR adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur sama ada seperti mana prosedur mahkamah sivil.

"Sejak penubuhan TTPR pada 1 Disember 2002, sambutan pembeli-pembeli rumah dalam menggunakan perkhidmatan TTPR amat menggalakkan ," kata beliau sentiasa menjawab soalan Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Azizah berkata, sehingga 7 Disember lepas, sebanyak 9,633 kes telah didaftarkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 7,810 kes telah diselesaikan manakala 677 lagi diselesaikan di luar mahkamah.

Menjawab soalan tambahan Markiman sama ada kementerian bercadang mewujudkan TTPR di peringkat negeri dan kemungkinan ia menurunkan kuasa kepada mahkamah rendah, Azizah berkata, setakat ini kementerian tidak bercadang untuk menurunkan kuasa kepada mahkmah rendah bagi mengendalikan kes TTPR di negeri-negeri.

Katanya, walaupun pejabat TTPR ditempatkan di Pusat Bandar Damansara, namun tribunal itu turut mendengar kes-kes dan mengadakan prosidingnya di luar Kuala Lumpur seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka.

Mengenai cadangan mewujudkan TTPR peringkat negeri, beliau berkata, kementerian sedia menimbangkannya. - Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.