This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Syor penjara pemaju projek terbengkalai
Berita Harian 27/12/2004

PUTRAJAYA: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mahu tindakan tegas termasuk hukuman penjara dikenakan terhadap pemilik dan pemegang saham syarikat perumahan yang projeknya terbengkalai.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan mereka komited terhadap projek yang dilaksanakan, bukan setakat meraih keuntungan segera.

Katanya, tindakan sedia ada termasuk menyenaraihitamkan pemaju tidak dapat menyelesaikan masalah kerana pemilik dan pemegang sahamnya masih boleh bergiat dalam bidang itu termasuk menggunakan nama orang lain.

"Tindakan menyenaraihitamkan pemaju tidak mencukupi dan saya berpendapat mereka patut dipenjara," katanya ke selepas menyampaikan insentif murid cemerlang dan bantuan persekolahan di Presint 16, di sini semalam.

Insentif diberikan kepada murid yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, manakala sumbangan persekolahan kepada murid daripada keluarga miskin.

Sehingga Oktober lalu, 172 projek perumahan terbengkalai mengandungi 47,700 unit rumah dikenal pasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk dibaik pulih SPNB bernilai RM3.2 bilion.

Antara projek ialah di Lembah Beringin, Selangor; Taman Widuri, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang; Taman Petaling Jaya, Selangor; Taman Emas Suria, Batu Pahat, Johor; Taman Sri Gedong Sungai Petani, Kedah; Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor dan Taman Desa Melati, Tanah Merah, Kelantan.

Projek perumahan yang sedang dilaksanakan ialah di Pelabuhan Bintulu, Bintulu, Sarawak; Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang; Taman Sungai Pinang, Klang, Selangor dan Taman Bestari Taiping, Perak.
Sembilan projek perumahan terbengkalai sudah disiapkan dengan sijil layak menduduki termasuk Taman Seri Bayu, Seremban; Taman Permai Jaya, Ampang; Taman Sutra, Kulai Johor; Taman Masai, Kuala Selangor. Wisma Telaga, Butterworth, Pulau Pinang; Taman Dalma Semenyih, Kajang; Taman Rakyat Gambang, Kuantan, Pahang; Taman Lingkaran Nur, Cheras, Selangor dan Taman Mutiara Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan.

Tengku Adnan juga berkata, SPNB tidak boleh membaik pulih projek terbengkalai tanpa kelulusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Selepas mendapat arahan, kita perlu mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk bank dan pembeli untuk memulakannya," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.