This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Satu unit pangsapuri musnah, dan rosak dalam kebakaran
Utusan Malaysia 27/12/2004

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah unit pangsapuri di tingkat paling atas blok 16 tingkat di Taman Cahaya, Ampang di sini, musnah manakala dua lagi unit rosak dalam kebakaran hari ini membabitkan kerugian lebih RM150,000.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang, Ishak Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pukul 12.33 tengah hari.

Menurutnya, tiga buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian.

"Sebuah unit yang rosak sebahagiannya terletak bersebelahan manakala sebuah lagi di tingkat 15," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.