This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah kawasan Ampang bahaya
Harian Metro 15/12/2004

PUTRAJAYA: Kawasan perumahan di Ampang, Selangor disenaraikan sebagai penempatan berisiko tinggi kerana dikelilingi bukit dan cerun yang kini dalam keadaan tidak stabil dan mudah runtuh.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata bukit bukau di Ampang paling banyak dibangunkan untuk perumahan dan antara kawasan yang berisiko tinggi adalah Hill View.

"Bahagian Cerun Kementerian Kerja Raya sudah mengenal pasti kawasan berkenaan selain masalah cerun di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Kontrak dan Pengurusan Kontrak untuk pegawai Kementerian Kerja Raya, semalam.

Samy Vellu berkata, pemaju yang membina perumahan di kawasan berbukit bersikap lepas tangan dan membiarkan saja projek apabila unit rumah sudah habis dijual.

"Kerajaan terpaksa menanggung tanggungjawab itu apabila pemaju melepaskan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah dimaklumkan supaya merujuk kepada Bahagian Cerun terlebih dahulu sebelum meluluskan pelan pembangunan di kawasan berbukit.

Samy Vellu berkata, Bahagian Cerun yang ditubuhkan kementeriannya itu juga mengenal pasti 200 hingga 300 kawasan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang berhadapan risiko runtuh.

Beliau berkata, Sistem Pemantauan Cerun yang dilaksanakan Bahagian Cerun kementerian terbabit juga memerlukan RM297 juta untuk beroperasi dan memastikan keselamatan cerun di negara ini.

Menurutnya, peruntukan terbabit sedang diusahakan dan apabila memperolehinya, stesen pemantauan yang dihubungkan dengan satelit akan disediakan berupaya mengesan pergerakan cerun dan tindakan segera akan diambil bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.