This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli piket atasi rumah terbengkalai
06/12/2004 Utusan Malaysia

GOMBAK 5 Dis. - Kira-kira 20 pembeli apartmen Gombak Perdana Villa yang terbengkalai sejak empat tahun lalu berpiket secara aman Jumaat lalu menuntut pihak berkuasa mempercepatkan proses pembinaan semula kediaman berkenaan.

Tindakan piket itu adalah anjuran jawatankuasa bertindak pembeli yang sudah tidak tahan lagi dengan kerenah birokrasi yang mereka dihadapi.

Pengerusi jawatankuasa terbabit, Abdul Rahman Dahlan, 39, berkata, pihaknya mahu kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu usaha mereka secara bersungguh-sungguh dan serius.

"Keputusan kementerian perlu dibuat secepat mungkin dan mesti muktiunad kerana sampai bila lagi kami mahu menunggu," ujarnya kepada. Utusan Malaysia ketika ditemui, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Abdul Rahman memberitahu, pihaknya juga mahu mesyuarat mengenai status perumahan berkenaan dengan kementerian Selasa ini membuahkan hasil yang positif.

"Projek ini sudah 55 peratus siap dan kini terbengkalai kerana kesilapan pemaju lama, jadi pemaju baru yang bekerjasama dengan tuan tanah perlu diberi peluang menghabiskannya.

"Kami sudah tawar hati dan hilang keyakinan kepada pemaju lama dan jika pemaju baru boleh menyiapkannya ia akan melegakan kami pembeli yang teraniaya," jelasnya.

Seorang lagi pembeli, Mohd. Rida Muda, 33, pula memberitahu, selain kementerian, mereka juga mahu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memberi kata putus bagi memudahkan proses
pembinaan semula projek perumahan berkenaan.

"Kami tidak mahu lagi ia tertangguh dan terus terbengkalai kerana ia menyeksa kami kerana terpaksa membayar pinjaman kepada bank dan dalam masa yang sama membayar sewa," jelasnya.

Gombak Perdana Villa terdiri daripada 70 unit pangsapuri jenis A, 114 unit pangsapuri jenis B, empat unit kedai dan empat unit penthouse di atas tanah seluas 1. 737 hektar.

Sebelum itu, para pembeli juga mendesak kementerian mengiktiraf pemaju baru, Projek Pertiwi Sdn. Bhd. yang mahu mengambil alih projek perumahan terbengkalai itu dengan segera.

Pemaju terbabit akan bekerjasama dengan pemilik tanah bagi tujuan itu dan sekiranya diluluskan ia tidak membebankan kerana tidak menggunakan peruntukan kerajaan.

Ia merupakan projek usaha sama di antara pemilik tanah dengan sebuah syarikat pemaju perumahan untuk membina tiga blok pangsapuri setinggi sembilan dan 10 tingkat.

Pengurus Projek Pertiwi Prestij Sdn. Bhd. Mohd. Shahripoddin Abd. Rahman, 47, berkata, 75 peratus pembeli menyokong hasrat pemilik tanah untuk mengambil alih projek daripada pemaju.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.