This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kontraktor wajar dipenjara (Senarai hitam syarikat projek terbengkalai tidak memberi kesan)
Kosmos 27/12/2004

PUTRAJAYA - Kenakan tindakan tegas, termasuk hukuman penjara ke atas pemaju dan pemilik syarikat bagi menangani masalah projek terbengkalai daripada terus berlaku!

Ia perlu kerana tindakan tegas seperti menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja masih belum cukup berkesan untuk memastikan mereka serius dan tidak membiarkan projek yang dilaksanakan terbengkalai.

"Kebanyakan pemaju dan kontraktor terlalu mengutamakan keuntungan.

"Sekiranya mereka gagal memperoleh keuntungan yang diharap atau mendapati projek yang dilaksanakan tidak dapat disempurnakan seperti sewajarnya, mereka akan membiarkannya begitu sahaja.

"Tindakan yang diambil sekarang ini hanya menyenarai hitamkan syarikat yang gagal melaksanakan tugas, tetapi pemilik, pemegang saham ataupun pemaju masih boleh meneruskan aktiviti mereka dengan membuka syarikat lain dan menggunakan nama orang lain," kata Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur di sini semalam.Adnan menyatakan demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian insentif kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2004 dan bantuan
pakaian seragam sekolah di Presint 16 di sini.

Seramai 74 pelajar dari empat buah sekolah di sekitar Putrajaya yang memperoleh 5A pada ujian tersebut menerima sijil dan wang insentif berjumlah RM100 setiap seorang.Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada tiga orang anak yang sedang bersekolah juga diberi bantuan baju dan kasut sekolah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.