This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

9,633 kes didaftar di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
10/12/2004 Utusan

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Sebanyak 9,633 kes didaftarkan di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) sejak ia ditubuhkan pada tahun 2002.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah itu sebanyak 7,810 telah diselesaikan.

``Daripada jumlah keseluruhan kes yang diselesaikan, 677 kes selesai di luar mahkamah,'' katanya ketika menjawab soalan Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat) pada sesi Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dari segi pelaksanaan perintah yang dibuat oleh TTPR pula, katanya, setakat ini tribunal itu tidak mempunyai apa- apa halangan undang-undang yang menganggu kerana pelaksanaan perintah adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur sedia ada seperti prosedur di mahkamah sivil.

Menjawab soalan tambahan Markiman, Azizah berkata, selain beroperasi di Kuala Lumpur, TTPR turut mendengar kes di Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

``Kita juga akan mempertimbangkan untuk mendengar kes di negeri-negeri lain,'' katanya.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.