This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai : Ahli lembaga pengarah patut bertanggungjawab
Utusan Malaysia 15/12/2004

BANYAK yang telah didengar dan diperkatakan mengenai permasalahan yang dipaparkan di dada akhbar dan media lain akibat kegagalan pemaju perumahan melaksanakan projek-projek mereka yang menjadi mangsanya adalah pembeli.

Walaupun terdapat usaha menyeluruh dari pihak kementerian untuk membantu namun usaha ini tidak berkesan 100 peratus kerana masalah perundangan dan juga pihak ketiga seperti institusi kewangan.

Usaha kerajaan menubuhkan tribunal perumahan patut dipuji kerana ia bersifat proaktif dan saya terpanggil untuk memberi cadangan agar pihak kerajaan mengambil langkah lebih tegas ke atas pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam permasalahan ini iaitu ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat pemaju perumahan terbabit.

Saya mencadangkan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pemaju perumahan sama ada yang masih atau berhenti berkhidmat, perlu bertanggungjawab bersama dan bersendirian membayar ganti rugi kepada pembeli berdasarkan apa yang tertakluk dalam kontrak perjanjian jual beli terbabit.

Jika tiada penyelesaian maka tindakan menyenaraihitamkan mereka daripada terbabit dengan industri ini secara total hendaklah dibuat. Hanya dengan cara ini sahaja individu-individu terbabit tidak dapat berselindung dari tabir korporat 'Berhad' untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab ke atas kesusahan yang ditimbulkan kepada pembeli dan kerajaan.

Cadangan ini pastinya membabitkan banyak pihak namun sebagai pihak yang berkuasa dan diberikan mandat oleh rakyat, saya yakin pihak kementerian mampu mengubah sistem perundangan yang sedia ada 'pada mana yang perlu' untuk menguatkuasakan cadangan ini.

Semoga perkara ini dapat dikuatkuasakan untuk projek-projek yang masih terbengkalai dari segi kewangan dan juga perundangan. - PEMBELI, Kuala Lumpur.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.