This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk resah, rumah retak (Taman perumahan dibina atas tanah bekas lombong)
Kosmo 3/11/2004

KUALA LUMPUR - Bagi penduduk di Taman Indah Perdana, Kepong, hidup mereka sejak sedekad lalu memang meresahkan.

Manakan tidak, mereka tidak menyedari terbeli rumah di kawasan bekas lombong. Akibatnya sedikit demi sedikit rumah mulai retak dan memakan belanja besar untuk kerja membalik pulih.

Seorang penduduk, Chin Theam Fatt, 43, berkata, beliau terpaksa membaiki pagar dan pintu rumah sekurang-kurangnya dua kali setahun kerana lantainya mendap. Sejak menginap di situ 10 tahun lalu, dia mendakwa telah menghabiskan kira-kira RMl00,000 bagi membaik pulih rumahnya sebanyak empat kali.

Menurut Theam Fatt, usaha mereka mengadu masalah menerusi pelbagai saluran ibarat mencurah air ke daun keladi.

Keluhan penduduk itu sekali lagi menarik perhatian Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw semalam. Beliau pernah mengetengahkan isu yang sama di situ sembilan tahun lalu.

Tinjauan KOSMO! di beberapa rumah taman itu mendapati rekahan berlaku bukan sahaja di dinding dalam rumah tetapi juga di luar, lantai serta tiang pagar.

Ia dipercayai membabitkan kira-kira 50 unit rumah teres dua tingkat di kawasan berkenaan.

Penduduk juga berhadapan dengan masalah untuk menjual rumah dan berpindah ke tempat lain memandangkan tidak ada sesiapa yang mahu membeli rumah yang bermasalah serta membahayakan penghuninya.

"Penduduk berharap pihak betkuasa atau pemaju dapat berbuat sesuatu. Sekurang-kurangnya mereka mendapat keadilan dari segi pampasan kerana kerugian yang kami tanggung," kata Seng Giaw.

Beliau juga akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Jumaat ini.

"Saya inginkan keadilan Untuk penduduk. Mereka memerlukan penjelasan dan bukannya alasan daripada pihak berkuasa," jelasnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.