This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk buat bantahan (Harga rumah naik dari RM25,000 kepada RM42,000)
Kosmo 4/11/2004

SHAH ALAM - Sebanyak 45 keluarga dari Kampung Saujana di sini semalam mengadakan demostrasi secara aman di hadapan pintu masuk bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) mengenai masalah rumah program penempatan semula.

Mereka mendakwa tawaran rumah pangsa kos rendah bagi program itu diubah dari harga asal seunit RM25,000 kepada RM42,000 dan kini ia hanya terdapat di tingkat lima rumah pangsa itu. Tambah menyakitkan hati penduduk, projek rumah pangsa di Bukit Saujana itu belum dilaksanakan lagi sejak 1994.

Program penempatan semula penduduk dan projek rumah pangsa itu membabitkan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) dan pemaju, Cekap Mesra Sdn. Bhd. Penduduk juga menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang diterima oleh pegawai khasnya, Selamat Dollah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.