This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Hampir 100 Pembeli Rumah Mahu K'jaan Selesaikan Projek Terbengkalai

18/01/2004 Bernama

BUTTERWORTH, 18 Jan (Bernama) -- Hampir 100 pembeli rumah pelbagai unit Taman Sejahtera di Teluk Air Tawar dekat sini meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggunakan Akta Perumahan bagi menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai sejak 1998.

Pengerusi Persatuan Penduduk dan Pembeli Rumah Taman itu Mohamad Fauzi Abdul Rahim berkata menteri boleh menggunakan Seksyen 11 (c) akta itu yang memberi kuasa kepadanya mengambil alih projek dan melantik pemaju lain untuk meneruskan pembinaan.

"Ini merupakan satu-satunya jalan keluar bagi menyelesaikan masalah kami yang terpaksa membayar antara RM300 dan RM800 setiap bulan selain terpaksa menjelaskan bayaran bulanan rumah sewa," katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad Fauzi mendakwa mereka telah mengemukakan masalah ini kepada kementerian yang kemudian mengarahkan Syarikat Perumahan Negara (SPN) membuat kajian mengenai latar belakang projek.

Beliau mendakwa mereka dimaklumkan baru-baru ini bahawa kajian itu telah siap dan SPN kini cuma menunggu arahan seterusnya daripada kementerian.

Projek membina 345 unit rumah termasuk 237 unit rumah teres dua tingkat dan setingkat dan 100 unit rumah pangsa kos rendah di atas kawasan tanah wakaf seluas sembilan hektar itu dimulakan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 1986, sebelum ia terbengkalai dua tahun kemudian.

Mohamad Fauzi berkata persatuan itu telah menemui banyak pihak, termasuk Anggota Dewan Negeri Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid, dan MAIPP tetapi menemui jalan buntu bagi menyelesaikan masalah yang menimpa projek itu yang hanya 20 hingga 50 peratus siap.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.