This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tribunal arah pemaju pulangkan RM354,091
29/10/2004 KOSMO 

KUALA LUMPUR - Syarikat pemaju perumahan, Intelligent Mission Sdn. Bhd. diarah memulangkan wang pendahuluan RM354,091 kepada 34 orang pembeli rumah Taman Jasa Murni, Selayang.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna (Malaysia) (TTPM), Hussein Mohamed Dewa selepas syarikat itu tidak menghantar wakilnya dalam perbicaraan semalam.

Syarikat berkenaan pernah diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya memulangkan wang pendahuluan yang dikutip.

Menurut Hussein, syarikat pemaju berkenaan mempunyai tempoh 14 hari untuk melaksanakan keputusan tribunal dan jika tidak, pembeli boleh merujuk kes itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Syarikat yang didapati bersalah tidak mematuhi keputusan TTPM, boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

KOSMO! dalam laporannya dua minggu lalu mendedahkan kegiatan syarikat itu mengutip wang pendahuluan lebih RM700,000 daripada 171 pembeli walaupun tidak mempunyai lesen pemaju perumahan dan permit jualan serta iklan.

Sementara itu, jurucakap pembeli, Mohamad Rasid Abdul Rani lega dengan keputusan tersebut selepas lama berhadapan dengan masalah berkenaan.

Projek Taman Jasa Murni Selayang terdiri daripada 72 unit rumah dua tingkat dan 49 unit rumah teres satu tingkat serta mula dijual pada akhir tahun 2002.

Ekoran kegagalan syarikat berkenaan mendapatkan lesen pemaju perumahan, projek tersebut tidak dapat diteruskan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.