This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pulangkan RM788,000 kepada 171 pembeli
11/10/2004 Kosmo

SELAYANG - Sebuah syarikat pemaju perumahan projek terbengkalai di sini didesak mengembalikan semula wang pendahuluan dan pembayaran awal lebih RM788,000 kepada 171 pembeli terlibat.

Projek 49 unit rumah teres satu tingkat dan 144 unit rumah bandar itu terbengkalai selepas syarikat pemaju menerima arahan menghentikan projek kerana tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KOSMO! difahamkan syarikat pemaju berkenaan turut diberi surat oleh Pengawal Perumahan, Kementerian Perumahan dn Kerajaan Tempatan supaya membatalkan perjanjian jual beli, perjanjian pembinaan, dan pinjaman perumahan yang dibuat selain memulangkan RM788,275 kepada kesemua 171 pembeli terbabit.

Selain tiada lesen menjalankan projek, syarikat yang sama juga tidak mempunyai kebenaran daripada kementerian tersebut untuk mengiklankan penjualan rumah-rumah itu dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2002.

Perjanjian pembelian tidak sah antara pemaju itu dengan pembeli terlibat mula ditandatangani pada Januari 2003.

Semalam, KOSMO! menemu bual beberapa pembeli terlibat yang menyatakan kekesalan mereka terhadap syarikat itu yang bukan saja mengiklankan penjualan rumah walaupun tidak mempunyai lesen.

Tinjauan KOSMO! di tapak perumahan yang dijanjikan itu kini dipenuhi belukar. Pembeli-pembeli terbabit berang apabila mengetahui dalam situasi tidak berlesen itu, syarikat berkenaan berani mengutip wang daripada pembeli.

Salah seorang pembeli terbabit, Mohd.Nazhirruddin Faseh, 28, menyifatkan pemaju sebagai tidak bertang­gungjawab kerana mengutip bayaran pendahuluan walaupun tidak mempunyai lesen memajukan projek itu daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Saya baca iklan dalam surat khabar, saya ingat mestilah projek itu sudah lulus," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.