This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli bawa kes ke tribunal
15/10/2004 Kosmo Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR - Pembeli-pembeli rumah di Taman Jasa Murni, Selayang yang terbengkalai berikutan kegagalan pemaju, Intelligent Mission Sdn. Bhd.mendapatkan lesen dan permit jualan, membawa kes mereka ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysian (TTPM).


Jurucakap pembeli-pembeli terbabit, Mohd. Rashid Abdul Rani, ketika dihubungi oleh KOSMO! semalam berkata, kira-kira 30 pembeli telah memfailkan kes mereka di TTPM.


"Bagi mereka yang membuat tuntutan lebih RM25,000, perlu menunggu keputusan TTPM sebelum membawa kes ke mahkamah," katanya.


Seorang pembeli, Roslinda Hashim berkata: "Saya difahamkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan pemaju mengembalikan wang tetapi mereka  berdegil. Ini menyebabkan saya membawa kes ini ke TTPM."


Beliau telah lama bersabar dan bertegas mahu mendapatkan semula wang pendahuluan yang telah dibayar.


Seorang pembeli yang telah membuat pembayaran lebih RM40,000, Mohd. Mohidin Omar akan menunggu keputusan kes rakan-rakannya yang difailkan di TTPM sebelum membawa kesnya ke mahkamah sivil.


"Saya tunggu dahulu apa keputusan TTPM. Kemudian barulah saya bawa kes ke mahkamah kerana saya hendak menuntut lebih RM40,000," katanya.


Jurucakap TTPM ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima tuntutan daripada 30 pembeli terbabit.


"Oleh kerana mereka menuntut terhadap pihak penentang yang sama, kita menetapkan tarikh pada 28 Oktober ini untuk mendengar serentak kes itu," katanya.


KOSMO! dalam laporannya semalam, mendedahkan tindakan pemaju berkenaan membuat perjanjian jual beli baru dengan pembeli sebagai tidak sah.


Ini kerana pemaju berkenaan belum mendapatkan lesen dan permit iklan dan jualan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.