This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lot kedai terbengkalai 9 tahun

 

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pembeli lot kedai Taman Prima Selayang yang terbengkalai selama sembilan tahun lalu menggesa pemaju segera menyempurnakan projek berkenaan.

DR TAN (tiga dari kiri) menunjukkan
sebahagian projek rumah kedai yang belum
disiapkan di Prima Selayang

Pembeli lot kedai terbabit terpaksa menanggung beban tinggi membayar pinjaman bank walaupun lot kedai yang dinanti-nantikan belum siap dibina.

Seorang pembeli Cheng Nyok Foi, 48, berkata pemaju, Kansas Corporation Sdn Bhd (Kansas Corporation) tidak dapat menyiapkan projek itu seperti dalam perjanjian dengan pembeli.

Katanya, projek yang membabitkan 109 unit lot kedai itu dimulakan pembinaannya pada akhir 1996 dan dijangka siap pada Mei 2000.

Lot kedai itu berharga RM900,000 setiap unit dan kebanyakan pembeli sudah menjelaskan pembayaran itu.

“Malangnya tiada sebarang berita daripada pemaju untuk menyerahkan kunci kepada pembeli pada waktu itu. Kami mula risau dan meminta bantuan pelbagai pihak pada November 2001.

“Bayangkan sudah sembilan tahun pembeli menunggu lot kedai itu sejak 1996, sehingga sekarang tidak mendapat sebarang jawapan daripada pemaju berkenaan walaupun sudah banyak kali perjumpaan diadakan,” katanya yang bekerja sebagai jurujual di Cheras.

Isterinya, Wong Yuet Ngoh, 46 berkata pemaju memberi pelbagai alasan setiap kali pembeli mengunjungi pejabat pemaju untuk mendapatkan penjelasan.

Katanya, beliau difahamkan projek itu hampir 95 peratus siap dibina.

“Kami tidak mengetahui masalah yang dihadapi pemaju. Mereka enggan memberi penjelasan dan sering menangguh tarikh penyerahan kunci diikuti alasan yang tidak munasabah,” katanya.

Juruakaun, Lee Fong Kuan, 54, berkata beliau pernah menghubungi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai perkara itu tetapi diberitahu ia di luar bidang kuasa kementerian itu.

“Pembeli juga membabitkan rakyat Singapura dan Taiwan. Ia boleh menjejaskan nama negara kita ,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.