Lindungi pembeli rumah dengan kekuatan penguatkuasaan
			
			
			 
			Kosmo 7/10/2004 
			 
			KUALA LUMPUR - Revisit simple pleasures at Bandar Sungai Buaya, 
			begitulah yang dijanjikan dalam
			brosur jualan bagi satu projek perumahan di Selangor pada 1997.
			
			Pemaju menjanjikan "pembangunan kurang padat dengan kemudahan 
			infrastruktur yang efisien",
			dijadualkan siap menjelang pertengahan 1999. 
			Sebahagian daripada infrastruktur itu ialah "cadangan pembinaan 
			Persimpangan Sungai Buaya"
			yang jaraknya "hanya 30 kilometer di LebuhRaya Utara-Selatan dari 
			Persimpangan Bukit Lanjan
			(Jalan Duta), Kuala Lumpur." 
			Tetapi pembeli rumah mendapati bahawa apa yang dijanjikan dalam 
			brosur itu tidak dikotakan. 
			Hari ini, Bandar Sungai Buaya memang "kurang padat": Hanya 30 
			peratus daripada rumah itu yang
			telah dibina, menurut jurucakap Persatuan Penduduk Bandar Sungai 
			Buaya. 
			Misalnya, tiada Persimpangan Sungai Buaya. "Sebab utama saya membeli 
			rumah itu ialah kerana
			jalan persimpangan itu," kata penulis iklan Nawiruddin Zainal Abidin 
			kepada Bernama. 
			"Saya dijanjikan ia akan hanya mengambil masa setengah jam dari 
			rumah saya ke pejabat saya di
			Damansara," katanya. 
			Nawiruddin berkata, rumah itu juga lewat siap dan Sijil Layak 
			Menduduki juga lewat kira-kira tiga
			tahun kerana syarat bagi sistem pembetungan tidak dipenuhi. 
			"Kami menghadapi masalah dengan kutipan sampah kerana jalan 
			keluar-masuk yang sepatutnya
			dua hala tidak siap," katanya. 
			Dengan semua masalah, Nawiruddin rnemutuskan untuk tidak berpindah 
			ke rumah itu. 
			Tetapi dengan membayar sewa rumah sebanyak RM270 sebulan, beliau 
			menghadapi masalah untuk
			membayar pinjaman bank RM720 sebulan. 
			Oleh kerana pemaju masih belum mendapatkan geran individu bagi 
			pemilik rumah, sukar untuk
			menjual hartanah mereka. 
			Anggota Dewan Undangan Negeri dan anggota Parlimen kawasan itu turut 
			mengemukakan kes
			berhubung pembinaan persimpangan itu kepada Jabatan Kerja Raya dan 
			jabatan itu sedang
			menimbangkannya. 
			Namun berdasarkan pengalaman mereka, jurucakap itu berkata: "Seluruh 
			sistem pembelian dan
			penjualan rumah di Malaysia perlu disemak semula kerana langsung 
			tidak ada peruntukan bagi pembinaan
			infrastruktur di luar rumah anda." 
			Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting 
			memberitahu, kementerian sedang
			menyemak semula Akta Pembangunan Perumahan untuk penambahbaikan. 
			Beliau berkata, kementerian juga sedang menimbangkan untuk 
			memperluaskan kuasa dalam akta itu,
			misalnya untuk memasukkan apartmen yang menawarkan servis dan rumah 
			kedai. 
			Kementerian juga menimbangkan untuk menaikkan pampasan maksimum yang 
			boleh diberikan oleh Tribunal
			Tuntutan Pembeli Rumah daripada RM25,OOO kepada RM50,OOO. 
			"Kementerian akan berbincang dengan Persatuan Pembeli Rumah dan 
			pihak berkenaan yang lain sebelum
			memuktamadkan cadangan pindaan akta itu," katanya semasa menjawab 
			soalan bertulis. 
			"Perundangan adalah mencukupi tetapi penguatkuasaannya yang kurang," 
			kata pengerusi jawatankuasa
			pengamal pindah hak Majlis Peguam Malaysia, Tony Woon, yang 
			jawatankuasa itu mendengar aduan berhubung
			kerja pembinaan yang tidak kemas. 
			"Rumah merupakan keperluan asas manusia," kata Pengerusi 
			Jawatankuasa Aduan dan Siasatan Suruhanjaya
			Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof. Datuk Hamdan Adnan. "Anda 
			tidak boleh bercakap mengenai
			maruah manusia jika masih ada orang yang tidak mempunyai rumah." 
			Antara 10 hingga 20 peratus aduan yang diterima jawatankuasa itu 
			ialah mengenai perumahan -
			kebanyakannya projek lewat atau terbengkalai. 
			"Perundangan tambahan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu 
			ekoran kurang penguatkuasaan," dakwa
			Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim 
			Loong. 
			Beliau mempersoalkan sama ada kementerian mempunyai cukup kakitangan 
			berkelayakan untuk mengesan
			masalah itu dan melakukan pemeriksaan berdasarkan laporan enam bulan 
			sekali mengenai status setiap projek
			perumahan darlpada pemaju. 
			"Sebab itu kita cadangkan sistem 'bina dan jual' wang akan 
			menggalakkan industri itu melakukan pemantauan
			sendiri," katanya. 
			Ka Ting berkata, kementerian sememang mengambil "tindakan tegas" 
			terhadap 30 kes pemaju yang gagal
			mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli 
			Rumah. 
			Jika sabit kesalahan, pemaju boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 
			dan atau penjara maksimum dua tahun. 
			"Dalam kes jika pemaju terus enggan membuat bayaran itu, mereka 
			boleh dikenakan denda tidak melebihi
			RMl,OOO bagi setiap hari atau separuh hari selama kesalahan itu 
			dilakukan selepas sabitan," katanya. 
			Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, ditubuhkan pada Disember 2002, 
			telah menyelesaikan 4,000 daripada 6,000
			aduan yang diterima. 
			Kim Loong berkata, tribunal itu telah melakukan "tugas cemerlang" 
			tetapi beliau turut menggesa kementerian
			menambah kuasa tribunal itu dengan memasukkan bidang kuasa terhadap 
			projek perumahan terbengkalai. - Bernama   |