This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF sudah dapat, elektrik belum sambung
Harian Metro 9/10/2004

SAYA masih menunggu untuk masuk ke rumah baru di Taman Tasik Prima di Puchong, Selangor yang sehingga kini belum ada sambungan elektrik walaupun Sijil Layak Menduduki (CF) bernombor C286/9/28 sudah lama dikeluarkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 14 Ogos lalu.

Soalannya bagaimana MPSJ boleh mengeluarkan CF jika pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) belum siap memasang kabel elektrik.

Alasan yang diberi pemaju ialah TNB lambat menghantar pasukan untuk menjalankan kerja di kawasan perumahan disebabkan tidak cukup kakitangan atau mungkin sebagai tindakan negatif terhadap pemaju.

Keuntungan TNB setiap tahun meningkat hingga berjuta-juta ringgit tetapi alasan tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk menyiapkan kerja infrastuktur keperluan orang ramai adalah satu isu yang boleh diatasi dengan mudah dan cepat, jika pihak TNB mahu.

Saya amat kesal kerana sebagai pengguna, TNB tidak prihatin dengan masalah orang ramai yang hanya bergantung kepada sebuah syarikat pembekal elektrik di negara ini.

Jika ada cadangan pengurusan TNB yang hendak menaikkan tarif dan membebankan orang ramai, harap supaya pihak kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian yang akan menjaga kebajikan rakyat Malaysia secara amnya.

MSO1963,
Puchong, Selangor

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.