This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

172 projek terbengkalai akan dipulih
20/10/2004 Berita Harian

LABUAN: Sebanyak 172 projek perumahan terbengkalai mengandungi 47,700 unit rumah dikenal pasti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  (KPKT) untuk dibaik pulih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membabitkan nilai kira-kira RM3.2 bilion.

Pengerusi Eksekutif SPNB, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata antara projek perumahan yang akan dilaksana termasuk di Lembah Beringin, Selangor; Taman Widuri, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang; Taman Petaling Jaya, Selangor; Taman Emas Suria, Batu Pahat, Johor; Taman Sri Gedong Sungai Petani, Kedah; Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor dan Taman Desa Melati, Tanah Merah, Kelantan.

Projek perumahan yang sedang dilaksanakan pula ialah di Pelabuhan Bintulu, Bintulu, Sarawak; Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang; Taman Sungai Pinang, Klang, Selangor dan Taman Bestari Taiping, Perak.

Beliau berkata, sembilan projek perumahan terbengkalai yang sudah disiapkan SPNB dengan sijil layak menduduki termasuk Taman Seri Bayu, Seremban; Taman Permai Jaya, Ampang; Taman Sutra, Kulai Johor; Taman Masai, Kuala Selangor; Wisma Telaga, Butterworth, Pulau Pinang; Taman Dalma Semenyih, Kajang; Taman Rakyat Gambang, Kuantan, Pahang; Taman Lingkaran Nur, Cheras, Selangor dan Taman Mutiara Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan.

"SPNB mahu memastikan rakyat mampu memiliki rumah berkualiti dan selesa sama ada di bandar atau luar bandar di seluruh negara," katanya pada majlis penyerahan kunci projek rumah terbengkalai Taman Mutiara, Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan, di sini petang kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 320 pembeli rumah unit sederhana dari Fasa 1A di taman berkenaan menerima kunci masing-masing daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad.

Tengku Adnan berkata projek perumahan Taman Mutiara yang diusahakan Syarikat Usahasama KAM-LDAH Sdn Bhd pada penghujung 1996, terbengkalai pada 2000.

Beliau berkata projek berkenaan diambil alih oleh SPNB pada 2002 dan rancangan pemulihan telah dimulakan pada 2003 untuk disiapkan.

Projek perumahan Taman Mutiara itu membabitkan 16 blok rumah pangsa kos sederhana dan 20 unit rumah kedai, manakala harga seunit untuk rumah kos sederhana Fasa 1A bernilai antara RM67,999 hingga RM69,999.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.