This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Ubahsuai rumah tidak perlu dapatkan CF
10/09/2003 Utusan Malaysia

AMPANG 9 Sept. - Semua pemilik rumah kediaman yang siap dibina di Ampang yang ingin membuat pengubahsuaian kini tidak perlu lagi mendapatkan kelulusan Sijil Layak Duduk (CF) daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Yang Dipertuanya, Ramli Mahmud berkata, apa yang perlu setiap pemilik kediaman hanya dikehendaki mengemukakan pelan lakaran pengubahsuaian dan mereka akan terus diberikan kebenaran berbuat demikian.

Menurutnya, ia dibuat berdasarkan arahan yang diterima daripada kerajaan negeri bagi mengurangkan amalan birokrasi membabitkan jabatan kerajaan.

Beliau percaya sistem ba-ru tersebut lebih berkesan, praktikal dan mampu mengatasi pelbagai masalah birokrasi yang selama ini menimbulkan kesulitan.

"Walaupun begitu, kita masih mengarahkan supaya pemaju perlu mendapat perakuan daripada arkitek dan jurutera projek untuk memastikan projek mereka selamat dan memenuhi piawaian pembinaan.
"Bagaimanapun, kita akan tetap mengeluarkan CF kepada pemaju atau pemilik kediaman yang mahukanya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPAJ di sini.

Terdahulu, dalam mesyuarat yang sama, Ramli turut mengemukakan cadangan untuk mengambil alih pengurusan tanah perkuburan Islam di seluruh kawasan Ampang.

Menurut beliau, pengurusan tanah perkuburan tersebut pada masa ini adalah di bawah bidang kerja Jabatan Agama Islam Selangor.

Jelas beliau, ia bertujuan memastikan pengurusan jenazah dan tanah perkuburan Islam sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan teratur.

"Kita baru bercadang untuk memohon kebenaran tersebut memandang-kan kita mempunyai peruntukan yang lebih untuk menguruskannya.

"Perkara yang sama sebelum ini pernah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.