This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah: Tribunal tiada kuasa dengar kes sebelum 1 Dis. 2002
05/09/2003 Utusan

KUALA LUMPUR 4 Sept- Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah tidak mempunyai kuasa mendengar dan membuat keputusan kes-kes tuntutan berdasarkan perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2002, iaitu tarikh tribunal itu di wujudkan.


Hakim Datuk Md. Raus Sharif menegaskan perkara itu dalam penghakimannya ketika membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh dua pemaju perumahan berhubung pertikaian pampasan yang telah diberikan tribunal itu kepada enam pembeli kerana membuat laporan lambat menyerahkan rumah mereka dan gagal menyiapkan kemudahan asas. Dalam alasan penghakiman, Hakim Md. Raus berkata, bagi membenarkan tribunal berkenaan menjalankan bidang kuasa ke atas perjanjian jual beli sebelum 1 Disember 2002, ia perlu membenarkan undang-undang jenayah ke belakang dan ia adalah dilarang oleh Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan.


Penghakiman ini dianggap penting dan bersejarah yang akan rnernpunyai kesan rnengikat ke atas kes-kes lain yang sama bentuknya pada rnasa akan datang.


Hakim Md. Raus membuat keputusan hari ini bagi permohonan Puncakdana Sdn. Bhd. untuk rnendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas membatalkan bayaran pampasan yang diberikan oleh tribunal kepada enam hingga 50 pembeli rumah yang membuat aduan terhadap syarikat tersebut.


Permohonan pemaju itu didengar bersama Westcourt Sdn. Bhd. yang menghadapi tuntutan yang sama sebagai satu kes ujian.

Kedua-dua pemaju itu mendakwa bahawa Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 tidak ada peruntukan kuat kuasa retrospektif, dengan itu tribunal tidak boleh mendengar dan menetapkan kes pertikaian berpunca daripada perjanjian jual beli yang ditandatangani sebelum 1 Disember tahun lalu apabila tribunal itu ditubuhkan.


Peguam Kanan Persekutuan, Umi Khathum Abdul Majid mewakili tribunal manakala Puncakdana diwakili peguam N.V. Sree Harry dan peguam Lambert Rasaratnam mewakili Westcourt.


Semua pembeli diwakili oleh tiga peguam iaitu K.L. Wong, Viola De Cruz dan Mohd. Noh Nasira.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong yang turut tidak berpuas hati dengan keputusan itu meminta agar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memikirkan soal meminda undang-undang itu untuk membantu pembeli rumah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.