This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Perumahan terbengkalai dipulih sepenuhnya
13/09/2003 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Kesemua 204 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara akan dipulihkan sepenuhnya menjelang akhir tahun depan apabila diambil alih oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, pengurusan dan pembinaannya akan dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dari "Danaharta Bhd.

Menurutnya kedua-dua agensi itu akan terbabit dalam pembinaan dan pengurusan yang berhubung dengan masalah pemiutang, pemaju dan institusi kewangan.

"Danaharta akan menguruskan hutang ini dengan institusi-institusi kewangan yang berkenaan dan seterusnya SPNB akan bertanggungjawab menyiapkan projek tersebut," katanya ketika membentangkan Bajet 2004 di Dewan Rakyat hari ini.

Dr. Mahathir berkata, SPNB juga akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih dan menguruskan projek perumahan di bawah Tabung Pusingan Perumahan Kos Rendah (TPPKR) yang kini berada di bawah TPPT Sdn. Bhd.
 
Katanya, sejajar dengan tindakan itu, SPNB akan mengambil alih pembinaan sekitar 66,000 unit rumah bernilai RM5.6 bilion dan separuh daripada jumlah tersebut sedang dilaksanakan.
 
Ketika mengumumkan pakej Strategi Baru Ekonomi 21 Mei lalu, beliau berkata, SPNB akan memberi tanggungjawab untuk membina 150,000 rumah kos rendah dan sederhana dalam tempoh lima tahun bagi memenuhi keperluan tempat tinggal yang lebih baik.

Sehubungan itu, SPNB juga akan mengambil alih semua projek terbengkalai terutamanya melibatkan rumah kos rendah dan sederhana di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, SPNB juga akan membeli 4,400 unit rumah pangsa untuk golongan tersebut melalui sistem sewa beli dengan kadar yang rendah.

"Bagi mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai kerajaan akan mengambil langkah untuk memudah dan mempercepatkan kesemua 204 projek tersebut tambah Dr. Mahathir.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.