This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

15 peguam bantu pembeli rumah bermasalah
Berita Harian 15/09/2003

KUALA LUMPUR: Pembeli rumah yang mempunyai masalah membuat tuntutan terhadap pemaju masing-masing menerusi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi, minggu depan.

Ia berikutan keputusan mahkamah berkenaan yang menolak kuasa TTPR untuk mendengar kes membabitkan perjanjian jual beli (S&P) yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2002.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Perumahan (HBA), Chang Kim Loong, berkata seramai 15 peguam sukarela akan mewakili pembeli rumah terbabit tanpa mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan guaman.

"Mereka bukan saja tidak mengenakan bayaran perkhidmatan tetapi peguam berkenaan turut menyumbang tenaga dan masa untuk membantu pembeli terbabit.

"Setakat ini, 15 peguam sudah bersetuju membantu pembeli mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi kes mereka dan jumlah peguam yang akan tampil dijangka bertambah tidak lama lagi," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha HBA untuk membantu pembeli rumah mengetahui hak dan kepentingan mereka sebagai pembeli.

"Langkah ini juga adalah sebahagian penghargaan HBA yang menyokong usaha kerajaan terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadikan undang-undang perumahan bersifat mesra pengguna," katanya.

Mahkamah Tinggi pada 6 September lalu memutuskan bahawa TTPR tidak mempunyai kuasa membuat keputusan kes berhubung S&P yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2002 kerana ketika itu tribunal belum diwujudkan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.