This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Khidmat guaman percuma kes pemaju cabar Tribunal

28/07/2003 Utusan Malaysia

Kuala Lumpur 27 Julai - Sebanyak 12 orang peguam menawarkan khidmat percuma mewakili 50 pembeli rumah untuk menghadapi kes pamaju mencabar keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang berpihak kepada mereka di Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Peguam-peguam berkenaan menawarkan perkhidmatan mereka secara 'pro bono' iaitu tanpa dikenakan yuran guaman melalui Persatuan Pembeli-Pembeli Rumah Kebangsaan. (HBA).

Menurut Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong, kesediaan peguam-peguam tersebut berasaskan kepentingan awam.

Katanya, memandangkan ini merupakan kali pertama keputusan tribunal tersebut dicabar di mahkamah, keputusan selepas ini akan menentukan bidang kuasa badan itu pada masa depan.

"Sesetengah pemaju sengaja mengemukan rayuan terhadap keputusan yang ditetapkan terhadap mereka bagi melengah-lengahkan masa seterusnya memberi tekanan kepada pembeli," katanya selepas majlis menandatangi dokumen lantikan antara peguam-peguam tersebut dengan pembeli-pembeli terlibat di ibu pejabat HBA, di sini hari ini.

Menurut Kim Loong, tribunal tersebut pada Mac lalu mengarahkan syarikat pemaju tersebut iaitu Puncakdana Sdn. Bhd. membayar pampasan antara RM15,000 dan RM20,000 kepada sembilan pembeli rumah terlibat berikutan kelewatan proses serah milik rumah berkenaan manakala kes pembeli selebihnya masih dalam pertimbangan.

Bagaimanapun, katanya, Puncakdana membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk menimbang semula keputusan tersebut atas alasan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2002 tidak boleh mendengar serta membuat keputusan terhadap kes pembelian rumah yang ditandatangani sebelum tarikh tersebut.

Mahkamah Tinggi menetapkan 4 Ogos ini untuk mendengar rayuan tersebut oleh Puncakdana bersama sebuah lagi syarikat pemaju iaitu Westcourt Corp. Sdn. Bhd. dengan dua pembeli.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.