This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Negara mampu capai sasaran projek perumahan terbengkalai sifar – Kayveas

07/06/2003 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Jun – Negara mampu mencapai sasaran projek perumahan terbengkalai sifar dengan perlaksanaan beberapa peraturan baru yang akan berkuat kuasa serta merta kepada semua pemaju, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas.


Beliau berkata, kerajaan telah merangka beberapa peraturan yang lebih ketat bagi mengelakkan para pembeli tertipu dan dirugikan akibat kegagalan pemaju menyiapkan projek masing-masing.


“Kami tidak menyasarkan tempoh tertentu untuk mancapai sasaran projek terbengkalai sifar tetapi kami yakin dapat menyiapkan projek-projek perumahan yang terbiar di seluruh nagara, “ katanya.


Beliau berkata demikian kepada penmberita selepas melancarkan Mega Malaysia Property Showcase 2003 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.


M.Kayveas berkata, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut iaitu memperketatkan prosedur pengeluaran lessen dengan aspek keupayaan kewangan pemaju dititikberatkan.


Katanya, kementerian juga turut melaksanakan peraturan Pemaju Perumahan 1991 yang mensyaratkan semua pemaju membuka akaun bagi setiap projek perumahan yang dijalankan.


“Kami juga mengeluarkan arahan supaya pemaju mengemukakan laporan fizikal setiap enam bulan sekali tentang kedudukan projek masing-masing.


“Di samping itu, Kementerian juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas mana-mana pemaju yang gagal mengemukakan penyata kewangan syarikat,” tambahnya.


Beliau memberitahu selaras dengan pakej strategi baru tersebut, semua projek perumahan terbengkalai di seluruh negara akan diambilalih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).


Dalam perkembangan sama, M. Kayveas berkata, sehingga akhir 2002, Kementeriannya berjaya memulihkan 359 projek yang melibatkan 67,792 unit rumah dan 47,887 pembeli daripada 544 projek terbengkalai (125,649 unit rumah) dengan keseluruhan kos projek bernilai RM9.5 bilion.


Jelasnya, setakat ini di seluruh negara hanya terdapat 169 projek perumahan terbengkalai dengan 82 daripada jumlah tersebut yang melibatkan 38,049 rumah, berpotensi untuk dipulihkan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.