This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPKj sedia lulus segera CF Taman Bukit Permai
BeritaHarian 3/6/2003

CHERAS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan bersemuka dengan pemaju Taman Bukit Permai, Sungai Long, di sini untuk meluluskan segera sijil layak menduduki (CF) bagi 44 unit rumah teres dua tingkat taman perumahan itu.

Rumah teres berharga RM248,000 seunit itu siap dibina pada pertengahan tahun lalu tetapi belum diduduki pembeli kerana beberapa masalah teknikal yang gagal dipatuhi pemaju perumahan.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Loh Chew June berkata, pada dasarnya CF hanya akan dikeluarkan pihak berkuasa selepas pemaju mengemukakan borang E.

Beliau berkata, perakuan Borang E diperlukan untuk disahkan sebelum CF dikeluarkan bagi memastikan aspek keselamatan penghuni rumah dipatuhi pemaju.

"MPKj sudi membantu pembeli rumah teres ini yang kebanyakannya terpaksa menyewa di kawasan sekitar dan pada masa yang sama terpaksa membayar pinjaman perumahan.

"Selepas ini, kita akan segera merujuk dengan pemaju perumahan bagi memastikan mereka mengikut syarat perjanjian di samping mengikut ketetapan pihak berkuasa sebelum CF dikeluarkan," katanya selepas lawatan kerja ke kawasan perumahan itu kelmarin.
Rumah yang dibina pada tahun 2001 itu menawarkan keluasan binaan 1,280 kaki persegi (kps) dalam tapak 20 x 85 kps dengan kemudahan empat bilik tidur.

Difahamkan, kebanyakan pembeli mendakwa tertipu dengan tawaran selepas pemaju berjanji akan segera menyiapkan projek perumahan itu pada awal tahun lalu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.