This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MBSA perjelas punca CF belum dikeluarkan
13/02/2003 Berita Harian

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) ingin merujuk aduan Pungguk Menunggu yang disiarkan dalam ruangan ini pada 23 Januari lalu.

Penulis mengadu masalah pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (CF) bangunan kuarters kediaman guru di Jalan Bertam Tahan 18/7, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Di sini, MBSA ingin memaklumkan bahawa masalah pengeluaran CF berlaku kerana pihak perunding belum membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan CF untuk bangunan kuarters itu.

Mengikut prosedur MS ISO 9002 yang diguna pakai MBSA, CF akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan CF dibuat sama seperti arahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat pihak perunding selepas mendapat sokongan CF dari jabatan teknikal seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta jabatan teknikal dalaman MBSA.

Selepas mendapat sokongan itu, perunding perlu memohon CF daripada Jabatan Bangunan MBSA dengan menggunakan Borang E.

Sekiranya pihak perunding mendapatkan pengesahan sokongan CF daripada semua jabatan berkenaan, kami tidak mempunyai sebarang halangan untuk mengeluarkan CF dalam tempoh 14 hari sekiranya pembangunan di tapak itu sama seperti pelan lulus yang dikemukakan kepada MBSA.

Hingga ini, pihak perunding hanya mendapat sokongan CF daripada jabatan teknikal seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta jabatan dalaman MBSA iaitu Jabatan Perancangan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Landskap.

Jabatan Pembetungan belum menyokong pengeluaran CF kerana perunding tidak mematuhi beberapa aspek sebelum sokongan CF dapat diberikan. MBSA ingin menyatakan pengeluaran CF tidak dilewatkan atau dilengah-lengahkan kerana kami sentiasa mengambil perhatian serius bagi memastikan sesuatu bangunan itu layak diberikan CF.

Sekiranya CF ini dikeluarkan tanpa pemeriksaan secara teliti dan mendapat sokongan daripada jabatan teknikal, MBSA tidak mahu dipersalah atau dipertanggungjawabkan jika ada kecacatan atau kerosakan ke atas struktur bangunan itu.

Majlis juga mengalu-alukan saranan proaktif daripada orang ramai yang boleh membantu meningkatkan perkhidmatan MBSA.

Sebarang aduan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Hal Ehwal Awam di talian 03-55105133 sambungan 254, 358 dan 250 atau e-mel aduan@mbsa.gov.my


ASMAH MOHD ZIN,
Pegawai Perhubungan
Awam MBSA.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.